Bekas Cikgu KSAH Maut Kena Serangan Jantung Ketika Memandu. Al Fatihah.

| December 12, 2017 | 0 Comments

Bekas Cikgu KSAH Maut Kena Serangan Jantung Ketika Memandu. Al Fatihah. | My Islam Info – Seorang bekas cikgu Kolej Sultan Abdul Hamid Kedah maut kena serangan jantung ketika memandu. Kereta yang dilanggar arwah terkejut bila di lampu isyarat mangsa telah….

KENA SERANGAN JANTUNG SEBELUM KEMALANGAN

BEKAS guru meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berhampiran lampu isyarat Hospital Lama, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 11.59 pagi itu, Nissan X-Trail dipandu mangsa, Muhamad Zulkurnain Mat, 58, turut terbabit kemalangan dengan Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, keadaan cuaca baik dan jalan kering di lokasi kejadian ketika ke kemalangan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lampu isyarat sedang merah dan kedua-dua kenderaan berada di lorong kanan menuju ke arah Anak Bukit.

CERITA SAKSI KEMALANGAN

“Pemandu Toyota Hilux, Suhaizi Yahaya, 49, sedang berhenti di lampu isyarat sebelum tiba-tiba dilanggar oleh kenderaan mangsa.

“Suhaizi turun dari kenderaannya untuk bertemu dengan lelaki itu sebelum terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan tersandar di tempat duduk pemandu dan terus menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata, hasil pemeriksaan awal Muhamad Zulkurnain dari Taman Lelasari, Jalan Langgar dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum kemalangan berlaku, manakala pemandu Toyota Hilux terselamat.

Menurutnya, jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan.

“Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Sumber : Harian Metro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *