Isu Baitulmaqdis. Respons BERANI Jerman Ni Buat Ramai KAGUM

| December 12, 2017 | 0 Comments

Isu Baitulmaqdis. Respons BERANI Jerman Ni Buat Ramai KAGUM | MY ISLAM INFO – Yang tak setuju isu Baitulmaqdis ni bukan umat Islam sahaja. Terkini ribuan rakyat Jerman telah buat “sesuatu” yang buat ramai kagum. Jom baca dan kongsikan.

TAK SUKA ISRAEL

Menteri Kehakiman Jerman, Heiko Maas berkata, tidak ada tempat untuk anti-Semitisme di Jerman selepas penunjuk perasaan membakar bendera Israel di Berlin.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqddis sebagai ibu kota Israel.

Kira-kira 2,500 orang menyertai tunjuk perasaan di Bermin pada hari Ahad dan satu bendera Israel telah dibakar, kata polis yang kini sedang melakukan siasatan terhadap 11 indivdu.

Pada hari Jumaat lalu, beribu-ribu orang berkumpul di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Jerman sebagai bantahan terhadap keputusan Donald Trump itu.

BEBERAPA INDIVIDU DITANGKAP KERANA BAKAR BENDERA ISRAEL

Pada hari tersebut, pilis telah menahan 10 orang atas 12 tuduhan jenayah termasuk membakar bendera Israel.

Maas berkata kepada akhbar Bild: “Sebarang bentuk anti-Semitism adalah serangan ke atas setiap orang. Anti-Semitism mesti tidak dibenarkan berada dalam masyarakat”.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Jerman Sigmar Gabriel memberitahu Bild, walaupun kritikan mengenai keputusan Trump dapat difahami, orang ramai tidak mempunyai hak atau alasan untuk membakar bendera Israel kerana ia akan membangkitkan kebencian terhadap Yahudi atau mempersoalkan hak Israel untuk wujud.

Beliau berkata, sesiapa yang melakukan itu “bukan hanya menentang Israel tetapi juga menentang perlembagaan Jerman” dan Jerman tidak akan bertolak ansur dengannya.

Gabriel berkata, Jerman hanya membenarkan demonstrasi aman dan tidak membenarkan konflik menggunakan keganasan untuk dibawa ke Jerman dari negara lain.

Sumber : Malaysia Gazette

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *