Pakcik Ini Terperangkap Dan Tenggelam Dalam Lumpur Selama 12 Jam.

| December 13, 2017 | 0 Comments

Pakcik Ini Terperangkap Dan Tenggelam Dalam Lumpur Selama 12 Jam.| MYISLAM INFO –  Seorang warga emas dikenali sebagai Ren dilaporkan telah tenggelam di dalam lumpur selama 12 jam semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang sangat penting baginya.

Baru-baru ini, berlaku satu insiden di sebuah sungai cetek yang terletak di wilayah Anhui, China. Setelah orang awam melihat tangan manusia melambai-lambai di dalam timbunan lumpur itu, mereka segera meminta pihak polis untuk memeriksa kawasan kejadian.

Memandangkan lelaki ini tertanam di dalam lumpur pada kedalaman yang agak dalam, orang awam serta anggota polis pada awalnya tidak mampu untuk mengenal pasti wajah, jantina dan umur mangsa. Ren didapati diselaputi dengan lumpur tebal sehingga tidak mampu bercakap.

Mangsa juga dikatakan mengalami kesukaran pernafasan dan tidak mampu bergerak. Justeru, ramai yang beranggapan bahawa mangsa telah berada di dalam lumpur tersebut untuk jangka masa yang lama.

Berikutan kejadian yang mengejutkan ini, pihak polis dan juga orang awam telah bekerjasama untuk menyelamatkan lelaki warga emas ini ke darat. Mereka telah menghabiskan masa selama satu jam untuk menggali lumpur dan mengeluarkan Ren.

Setelah memastikan keadaannya selamat, polis mula menyoal siasat untuk mengetahui bagaimana dia boleh ditenggelami lumpur itu selama 12 jam!

Menurut Ren, petang sebelum hari kejadian iaitu pada 9 Jun tahun lalu, dia telah memungut sampah sarap di sekitar kawasan tersebut. Aktiviti mengutip barangan terbuang merupakan punca pendapatan bagi lelaki yang tinggal sendirian ini.

Kemudian, dia merentasi sungai untuk mengambil botol kosong. Namun, keadaan pada ketika itu sudah gelap dan lelaki ini telah tersilap langkah lalu memasuki kawasan lumpur.

Pada awalnya, dia berusaha untuk menyelamatkan diri tetapi semakin dia mencuba, semakin ke dalam dia tenggelam. Nasib baik, lelaki ini mampu menaikkan tangannya sekali gus membolehkan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut menyedari kejadian ini.

Ren kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *