Perompak “BAIK HATI”. Datang Semula Ke Kedai Yg Dia Rompak Selepas 7 Jam Kerana…

| December 13, 2017 | 0 Comments

Perompak “BAIK HATI”. Datang Semula Ke Kedai Yg Dia Rompak Selepas 7 Jam Kerana… | MYISLAM INFO – PULAK DAH…. Seorang penyamun bertindak datang semula ke premis yang dirompaknya semata-mata untuk memulangkan kad sim milik mangsa yang juga pekerja premis berkenaan.

Menurut sumber polis, kejadian pelik itu berlaku pada pukul 12.10 tengah hari iaitu selepas tujuh jam lelaki itu menjalankan misi rompakannya.

“Suspek didapati datang kembali ke kedai serbaneka terbabit dan menyerahkan kad sim telefon bimbit kepada pekerja premis berkenaan sebelum beredar,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada Ahad lalu, sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bangsar Park, Kuala Lumpur telah dirompak oleh seorang lelaki kira-kira pukul 5.30 pagi.

Suspek turut berjaya melarikan wang tunai serta barang berharga seperti telefon bimbit kedua-dua pekerja kedai berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang memakai jaket dan topi keledar terbabit terus mengacukan pisau pemotong sayur ke arah seorang daripada penjaga kaunter terbabit.

“Suspek kemudiannya mengugut mangsa supaya menyerahkan barangan berharga serta wang tunai sekiranya tidak mahu dicederakan.

“Susulan itu, suspek merampas wang tunai dari kaunter dan dua telefon pintar milik pekerja terbabit sebelum melarikan diri,” katanya lagi.

Mangsa dilihat terpaksa membuka mesin daftar tunai berkenaan dan menyerahkan sejumlah wang selepas lelaki berjaket hitam itu mengacukan pisau.

Laporan polis telah dibuat oleh pemilik premis serta kedua-dua mangsa di Balai Polis Travers pada pukul 4.45 petang hari yang sama. Kejadian tersebut melibatkan kerugian sehingga lebih RM1,300.

“Siasatan sedang giat dilakukan pihak polis termasuk semak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit bagi kenal pasti dan mengesan suspek bagi tindakan lanjut,” tambah saksi itu lagi.

Khabarnya, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu turut tular menerusi laman sosial.

Kredit – MYNEWSHUB.CC

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *