Kes Cikgu Azizan : Inilah Respond Bapa Kepada Murid Dalam Kes Pendakwaan Cikgu Azizan Yg Jadi Tumpuan Ramai.  

| December 19, 2017 | 1 Comment

Kes Cikgu Azizan : Inilah Respond Bapa Kepada Murid Dalam Kes Pendakwaan Cikgu Azizan Yg Jadi Tumpuan Ramai.   | MYISLAM INFO – BANDAR BARU NILAI: “Saya akan menjelaskan apa yang berlaku esok,” kata bapa kepada murid dalam kes pendakwaan Cikgu Azizan yang menarik perhatian ramai.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka belum bersedia ditemui media kerana menerima terlalu banyak tekanan.

“Saya belum bersedia untuk ditemubual kerana menerima terlalu banyak tekanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

“Saya akan menjelaskan mengenai apa yang berlaku esok. Buat masa ini kami menerima terlalu banyak tekanan,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan atau nama sebenarnya, Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Azizan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Azizan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Guru berkenaan yang diwakili peguam, Francis Pereira, sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 31 Oktober lalu sebelum perbicaraan ditetapkan bermula hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Md Fakarudin Ab Rahman meminta orang ramai tidak menghakimi murid terbabit dan keluarganya.

“Bapa murid berkenaan membuat laporan polis kerana diminta oleh pihak hospital selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan selepas kejadian.

“Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, murid berkenaan dan keluarganya sewajarnya diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang selepas ini.

Kredit : MYISLAM INFO Via – Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *