Siapa Gadis Berani Ini? Kenali Gadis Palestin Ini Yang Berani Melawan Tentera Zionis. 

| December 24, 2017 | 0 Comments

Siapa Gadis Berani Ini? Kenali Gadis Palestin Ini Yang Berani Melawan Tentera Zionis.  | MYISLAM INFO  –  AHED Tamimi, 17, mungkin masih kurang dikenali di Malaysia, namun siapa sangka gadis berasal dari Palestin ini begitu popular di negaranya rentetan sikap berani menentang penaklukan Israel.

 

 

Sejak kanak-kanak lagi, Tamimi sudah mula menunjukan sikap beraninya apabila turut turun berdemonstrasi di lapangan bagi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel.

 

 

Wajah gadis ini sebelum ini turut tular apabila pernah dilihat menengking tentera Israel walaupun ketika itu dia masih kanak-kanak.

 

 

Dua tahun lalu, video Tamimi yang menunjukkan dia menggigit tangan seorang tentera Israel turut menjadi tular.

Tindakan berani Tamimi itu membuatkan aktivis Palestin memuji tindakannya, sementara pihak Israel menuduh keluarga menggunakannya sebagai alat propaganda.

 

 

Terbaru gadis ini bertindak luar biasa apabila menyerang askar Israel, namun tindakannya itu menyebabkan beliau ditahan polis.

Penahan yang bermula Selasa lalu menyebabkan ribuan netizen Palestin mengkritik tindakan berkenaan menerusi media sosial.

“Mereka tidak memberi alasan kenapa anak saya ditahan polis,” kata bapa Tamimi, Bassem lapor AFP.

Sementara itu ibu Tamimi juga turut ditahan, manakala polis Israel tidak memberi sebarang alasan penahanannya, mereka mengesahkan bahawa pasangan itu akan ditahan sehingga sekurang-kurangnya sehingga 25 Disember ini.

 

 

Bassem juga menuduh pasukan keselamatan Israel merampas telefon bimbit, komputer dan barangan elektronik lain dari rumah mereka.

Sementara itu, ahli politik Israel memuji tindakan tentera Israel berhubung penahanan itu,

Dalam pada itu, seorang anggota keluarga Tamimi dilaporkan ditembak di kepala dengan peluru getah ketika berlangsungnya protes bantah Israel pada hari Jumaat, lalu kata keluarga Tamimi.

Kredit : MyIslam Info. Via – Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *