Anugerah Allah. Pasangan Ini Tidak Tahu Akan Mendapat Cahaya Mata Sehingga Berlaku Pendarahan. 

| January 8, 2018 | 0 Comments

Anugerah Allah. Pasangan Ini Tidak Tahu Akan Mendapat Cahaya Mata Sehingga Berlaku Pendarahan. MYISLAM INFO – Hidup ini penuh dengan ujian dan rintangan yang harus kita hadapi, tetapi disebalik cabaran hidup kadang kala ada rezeki tiba-tiba hadir tanpa disangka. Situasi ini boleh dikaitkan dengan kisah seorang pasangan suami isteri ini. Sejak berkahwin mereka hidup berdua selama lima tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Tetapi selepas itu, perkara yang tak disangka-sangka terjadi dalam hidup mereka.

MENGADU SAKIT PERUT & BERLAKU PENDARAHAN

Suzana Sulaiman (38 tahun) dan suaminya, Nik Salleh Nik Ngah (43 tahun) sudah lima tahun tidak dikurniakan zuriat. Namun pada 19 Disember 2017 merupakan hari yang paling bermakna buat mereka apabila dapat tahu Suzana mengandung selepas mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan.

Bagi mereka, ia semestinya anugerah tidak ternilai dari Allah S.W.T.

Pada 5 pagi, Suzana mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan sebelum saya membawanya ke Hospital Pekan, Pahang untuk membuat pemeriksaan. Saya ingatkan hanya sakit biasa sebelum saya dimaklumkan oleh doktor, Suzana sebenarnya sakit nak bersalin.

Terkejut, gembira… semuanya ada. Bayangkanlah kami sekeluarga termasuk isteri tidak sedar pun yang dia membawa nyawa si kecil dalam kandungan selama sembilan bulan.Ketika di hospital, doktor lakukan pemeriksaan dan buat imbasan, ternyata isteri sebenarnya mengandung dan sudah sampai masa untuk melahirkan.

SENTIASA TAWAKAL & SABAR

Tambah Nik, dia dan isteri sentiasa menunggu dengan tabah serta bertawakal kepada Allah S.W.T agar dikurniakan cahaya mata sejak berkahwin pada Jun 2012.

Kami memang tidak pernah membuat apa-apa pemeriksaan kesihatan sebelum ini dan hanya menunggu dengan sabar.

Kami sekeluarga tidak sedar yang isteri mengandung kerana badannya agak berisi dan kitaran haid tidak menentu.

BAYI SIHAT WALAUPUN TAK PERNAH JALANI PEMERIKSAAN

Baby girl mereka dinamakan Nik Alisha Solehah dan dilahirkan pada 9.32 pagi, seberat 2.88 kilogram. Paling mengejutkan, Nik Alisha dikeluarkan dengan keadaan sihat walaupun ibunya tidak pernah buat pemeriksaan kandungan sebelum ini.

Kejutan ini juga adalah hadiah hari lahir buat isteri saya iaitu pada 31 Disember dan dia ada beritahu saya yang dia gembira kerana tiba-tiba sudah menjadi ibu.

Dahulu kami berdua, sekarang sudah bertiga. Memang tiada sesiapa pun yang sedar isteri saya mengandung sehinggalah dia melahirkan Nik Alisha Solehah.

Nik Saleh juga berkata, momen selepas isterinya bersalin, doktor dan jururawat bertanya kepadanya mengenai pakaian bayi.

Memang tak ada apa-apa. Terkejut. Tiada persediaan langsung sebab memang tak tahu. Jadi adik ipar saya terpaksa bergegas ke pasaraya untuk membeli pakaian bayi.

Alhamdulillah syukur dengan anugerah terindah ini. Saya berharap agar anak saya membesar dengan sihat.

MULA DIKONGSI DARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kisah magis pasangan ini mula dikongsikan Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan, Muhammad Azrie Amirudin di akaun Instagram pada Disember lalu.

Pada waktu itu, pesakit (Suzana) datang kerana sakit perut dan ada pendarahan pada vagina. Perut besar sedikit tetapi tidak nampak seperti mengandung kerana badan agak berisi.

Apabila membuat ujian air kencing di dapati dia mengandung dan kami tanya mengenai haid terakhirnya, pesakit kata dia tidak pasti kerana sejak remaja, kitaran haidnya tidak menentu.

Kes ini kecemasan dan kemudian dirujuk kepada Pakar Ginekologi serta pesakit kemudian melahirkan anak secara normal dalam masa 10 minit saja.

Sumber: Harian Metro. Via : MyIslam Info.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *