KECOH. Lelaki Ini Secara Tiba² MENAMPAR Seorang Wanita Kerana Tidak Bertudung Di Perhentian Bas Pulau Pinang.

| January 9, 2018 | 0 Comments

KECOH. Lelaki Ini Secara Tiba² MENAMPAR Seorang Wanita Kerana Tidak Bertudung Di Perhentian Bas Pulau Pinang. | My Islam Info – Tular satu rakaman yang berdurasi 6 minit 11 saat yang menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar seorang wanita di sebuah perhentian bas di Pulau Pinang baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan seorang lelaki tiba-tiba datang dan mengira wanita-wanita yang tidak memakai tudung ketika berada di tempat kejadian. Lelaki yang tidak dikenali itu turut menegur beberapa wanita yang tidak bertudung.

Lelaki itu dilihat terus bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuk agama Islam atau sebaliknya.

Salah seorang daripada mereka menjawab dengan mengaku beragama Islam dan tidak memakai tudung, lelaki terbabit mengasak meminta penjelasan

“Bertudung itu hak kita,” jelas wanita tersebut.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan terus memarahi wanita berkenaan, tetapi tidak diendahkan, namun secara tiba-tiba berkenaan yang marah telah bertindak menampar kepala wanita tersebut.

Rakaman yang dikongsi itu telah mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata menyatakan bahawa lelaki terbabit adalah tidak siuman.

Sumber – Mayy Maii Silalahi

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *