Hilang Ketika Pergi Mengaji. Polis Temui Mayat Kanak² Ini Dlm Keadaan MENYEDIHKAN. KEJAM !!!

| January 11, 2018 | 0 Comments

Hilang Ketika Pergi Mengaji. Polis Temui Mayat Kanak² Ini Dlm Keadaan MENYEDIHKAN. KEJAM !!! | MYISLAM INFO – MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu.

 

 

Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.

Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.

Ini bukan pertama kerakusan sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan dalam tempoh tedekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

 

Solidariti untuk Zainab

Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya. Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini.

Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.

Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis.

Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial.
Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.

Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kritket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.

Kredit : My Islam Info. Via –  Astro Awani.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *