Kanak² Ini Pergi Sekolah Dengan Gaya Rambut Yang Melucukan. Tetapi Kisah Disebaliknya Buat Ramai SEBAK !!!

| January 14, 2018 | 0 Comments

Kanak² Ini Pergi Sekolah Dengan Gaya Rambut Yang Melucukan. Tetapi Kisah Disebaliknya Buat Ramai SEBAK !!! | MYISLAM INFO – Seorang pelajar dari Zhuanshanbao Elementary School di Xinjie Town, Zhaotong City, Wilayah Yunnan sampai ke sekolah dengan rambut yang melucukan.

 

 

Foto-foto yang telah diambil oleh guru kelasnya pada hari Isnin, 8 Januari lalu telah menjadi viral.

Rakan-rakannya mendapati rambut dan keningnya yang dipenuhi embun beku itu sungguh melucukan. Namun pelajar itu mempunyai kisah yang membuatkan netizen sebak.

 

 

Menurut laman berita People’s Daily, ketika kanak-kanak lelaki itu sedang dalam perjalanan ke sekolah, suhu berubah secara mendadak sehingga menjadi negatif hanya dalam masa setengah jam.

 

 

Biarpun begitu, Fuman nekad untuk meneruskan perjalanan dan sampai ke sekolah. Hal ini kerana hari itu adalah hari pertama peperiksaan akhir.

Tidak terbayang rasanya bagaimana kanak-kanak sekecil 8 tahun itu sungguh cekal untuk meredah kesejukan pada suhu di bawah negatif 10. Tambahan pula dia terpaksa berjalan sejauh 4.5 kilometer selama hampir satu jam!

Walaupun sekolah menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk pelajar, namun bilik darjah tidak mempunyai bekalan pemanas.

Disebabkan itu juga Fuman mengalami frostbite iaitu kecederaan anggota badan disebabkan cuaca yang sangat sejuk selain tangannya menjadi kering dan berkerut.

 

 

Fuman berasal daripada keluarga kurang bernasib baik dan tinggal di rumah lumpur di Ludian bersama kakak dan neneknya. Ayah dan ibunya sudah berpisah.

Bapanya bekerja di luar bandar demi menyara mereka sekeluarga sementara Fuman membantu neneknya di kebun. Menurut People’s Daily Online, Fuman berasa sedih kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengan ayahnya.

 

 

Kemiskinan dan ketiadaan ibu bapa di sisi tidak menghalang Fuman untuk belajar malah dia merupakan seorang pelajar yang rajin dan pintar dalam mata pelajaran matematik. Semangat Fuman untuk datang ke sekolah sangat dikagumi netizen.

Ada netizen yang berniat hendak membantu Fuman. Tidak kurang juga netizen yang menggalakkan Fuman untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dia dapat mengubah masa depan keluarganya.

Namun ada juga netizen yang memberi komen, “Jarak kemewahan di China terlalu besar. Setiap kali saya melihat berita seperti ini, saya terfikirkan sisi lemah di sebalik kemewahan yang dipaparkan oleh China”.

Kredit : My Islam Info. Via – Era Baru.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *