Jadi Viral Pelajar Ini Didakwa Diculik. Selepas Disiasat Rupa²nya…..

| January 16, 2018 | 0 Comments

Jadi Viral Pelajar Ini Didakwa Diculik. Selepas Disiasat Rupa²nya….. | MYISLAM INFO : AMPANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini, hanya membuat cerita yang tidak benar berkaitan dirinya cuba diculik oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pelajar berkenaan juga telah menarik semula laporan polis yang telah dibuat.

“Tujuan pengadu mereka-reka cerita adalah dia tertekan kerana tidak dibenarkan banyak bermain serta perlu tumpukan kepada pelajaran,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat tularkan cerita-cerita yang tidak tentu kesahihannya sehingga boleh mengakibatkan kegusaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, pelajar ini mendakwa diculik pada jam 12 tengahari itu di mana dia sedang menunggu bas di perhentian bas di Taman Pandan Indah, sebelum didatangi oleh dua suspek yang menaiki sebuah van.

Pelajar ini kemudian ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Ketika dalam kenderaan itu, pelajar tersebut mendakwa telah ternampak papan tanda Pandan Jaya, kemudian bertindak menggigit tangan suspek.

Rakan suspek yang sedang memandu telah memberhentikan kenderaan itu, lalu membuka pintu. Mangsa kemudian menendang suspek untuk melarikan diri, mangsa telah menaiki sebuah bas pergi ke sekolahnya.

Mangsa telah memaklumkan insiden itu kepada gurunya pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Ampang akibat tangannya cedera kerana terlanggar pintu sekolah, guru berkenaan terus menghubungi ibu bapa mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kredit : Sinar Harian

 

 

BERITA SEMALAM

 

AMPANG – Polis sedang menyiasat kes seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah yang mendakwa dirinya cuba diculik oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.

“Walaubagaimanapun, kita belum pasti kesahihan cerita yg diberikan oleh mangsa. Kita masih siasat dan setakat ini tiada saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan.

“Difahamkan berkaitan luka di tangan mangsa itu…bukan disebabkan cedera masa kejadian cuba diculik, tetapi luka akibat tergesel pada pintu ketika dia di sekolah,” katanya.

Ketika kejadian jam 12 tengahari itu, mangsa sedang menunggu bas di perhentian bas di Taman Pandan Indah, sebelum mangsa didatangi oleh dua suspek yang menaiki sebuah van, mangsa kemudian ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Ketika dalam kenderaan itu, mangsa mendakwa telah ternampak papan tanda Pandan Jaya, kemudian bertindak menggigit tangan suspek.

Rakan suspek yang sedang memandu telah memberhentikan kenderaan itu, lalu membuka pintu. Mangsa kemudian menendang suspek untuk melarikan diri, mangsa telah menaiki sebuah bas pergi ke sekolahnya.

Mangsa telah memaklumkan insiden itu kepada gurunya pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Ampang akibat tangannya cedera kerana terlanggar pintu sekolah, guru berkenaan terus menghubungi ibu bapa mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kredit : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *