Beli 42 Buah Bas Sekolah. Apa Yg Dia Lakukan Dgn Bas² Sekolah Itu Buat Ramai KAGUM !!!

| January 17, 2018 | 0 Comments

Beli 42 Buah Bas Sekolah. Apa Yg Dia Lakukan Dgn Bas² Sekolah Itu Buat Ramai KAGUM !!! | MYISLAM INFO – Semasa tahun 1970-an, Bruce Beach yang berasal dari Chicago, Illinois telah berpindah ke Mills Horning, Kanada. Sebelum berpindah, Perang Dingin telah berlaku menyebabkan Bruce mula memikirkan bagaimana dia akan bertahan hidup dalam keadaan bencana nuklear.

 

 

Dia kemudian mendapati bahawa Mills Horning adalah tempat yang paling sesuai untuk keluar daripada perang nuklear tersebut.

 

 

Antara tahun 1980 hingga 1985, Bruce telah membeli dan menghantar 42 buah bas sekolah ke ladangnya di Kanada. Setelah semua bas itu sampai di Kanada, dia mula bekerja dan menggali lubang besar di tanah milkinya dan kemudian dia meletakkan setiap bas di dalam lubang yang digali dengan berhati-hati.

Rupa-rupanya bas-bas ini akan berfungsi sebagai tempat perlindungan bawah tanah yang dinamakan Ark Two. Tempat perlindungan tersebut terletak pada kedalaman 14 kaki (4 meter) di bawah tanah dan diperkukuh dengan konkrit yang kuat. Bruce juga telah membina bunker iaitu kubu pertahanan bawah tanah seluas 10,000 kaki persegi.

 

 

 

 

Dengan kapasiti maksimum yang boleh memuatkan 500 orang, bunker yang dibina “hampir tidak dapat ditembusi oleh serangan nuklear,” katanya. Dia juga telah membelanjakan US $300 (RM1,191) untuk setiap bas dengan jumlah keseluruhan sekitar RM50,023.82. Dia juga telah bekerja keras sejak 35 tahun yang lalu untuk menyediakan tempat perlindungannya itu. Bruce mahu benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan perang nuklear jika benar akan berlaku.

 

 

Jika anda berjalan melalui pintu bunker tersebut, anda akan mendapati diri anda seolah-olah berada di dalam bilik yang sangat selamat dan bebas daripada segala pencemaran. Tempat perlindungan ini dilengkapi dengan ruangan tempat tinggal lelaki dan wanita, bilik persidangan, dapur, bilik komputer, tandas dan beberapa bahagian lagi.

 

 

 

Walaupun niatnya baik, tempat perlindungan ini telah berhadapan dengan pelbagai masalah undang-undang selama bertahun-tahun. Dia telah menerima lebih daripada 30 saman dan tempat perlindungan ini juga telah ditutup oleh jabatan bomba tempatan sebanyak dua kali.

 

 

aman web komuniti The Two Ark menyatakan bahawa tujuan bunker ini dibina ialah adalah untuk membaik pulih keadaan selepas berlakunya bencana besar seperti perang nuklear atau bencana alam yang lain di seluruh dunia di samping dapat membantu memulihkan tamadun.

 

 

Misi mulia Bruce telah mendapat kritikan yang kasar sehingga ada yang menggelarnya sebagai “kook.” Walaupun pelbaga respons dan reaksi diterima, komitmen Bruce untuk mengekalkan kubunya tidak pernah goyah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, bunker tersebut berhadapan pelbagai masalah seperti kebakaran, tikus, vandalisme dan banjir. Namun begitu, Bruce masih denga misinya untuk menyediakan perlindungan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan terutamanya semasa perang nuklear.

 

Kredit : My Islam Info. Via – Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *