Kanak² Ini Baru Berusia 6 Tahun Tetapi Sudah Mendaftar Di Kolej Untuk Pengajiannya. PUNCANYA Buat Ramai BANGGA !!!

| January 17, 2018 | 0 Comments

Kanak² Ini Baru Berusia 6 Tahun Tetapi Sudah Mendaftar Di Kolej Untuk Pengajiannya. PUNCANYA Buat Ramai BANGGA !!! | MYISLAM INFO – Kanak-kanak yang berusia enam tahun selalunya baru sahaja berjinak-jinak mengenal huruf dan nombor asas. Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang kanak-kanak berusia enam tahun ini yang memiliki pemikiran luar biasa tidak seperti kanak-kanak seusianya.

Menurut Utusan, kanak-kanak lelaki penuh keletah dikenali sebagai Izz Imil Shahrum ini menarik perhatian ramai kerana sudah mendaftar sebagai pelajar Asas 1 di Kolej Permata Pintar UKM. Izz dikatakan mampu membaca dan mengira dengan tepat selain boleh bercerita tentang biografi ahli cendekiawan dahulu kala seperti Alexander Graham Bell.

Anak tunggal kepada pasangan Ilya Abdul Aziz dan suaminya Shahrum Abdul Ghani itu berjaya melepasi tiga peperiksaan khas sebelum diterima masuk sebagai pelajar paling muda di kolej tersebut bagi mengikuti pembelajaran bagi sesi 2018.

“Izz Imil memiliki kehebatan dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi walaupun usianya baharu mencecah enam tahun,” kata Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak.

“Pemikirannya menyerupai remaja berusia 16 tahun, sebab itu kita berkeyakinan dia mampu mengikuti pembelajaran di sini,” kata Prof. Datuk Dr. Noriah lagi.

Difahamkan, pihak kolej menetapkan bahawa Izz layak mengambil dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Kimia buat masa ini. Selain itu, pembelajaran Izz akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti sama ada subjek lain boleh ditambah atau tidak.

Ibu Izz, Ilya yang merupakan seorang pakar geologi di sebuah syarikat gas dan minyak memaklumkan bahawa dia mula menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia 4 tahun lagi. Namun, Izz sering bertukar-tukar sekolah kerana bosan dengan silibus pembelajaran yang ditawarkan.

Ilya berharap anaknya dapat meneruskan persekolahan di kolej tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah di masa akan datang.

Wow, pandainya adik ni! Muda-muda lagi dah boleh masuk kolej, tahniah!

Tonton video Izz menunjukkan kepintarannya di bawah:

Kanak-kanak genius, Izz Imil Shahrum yang baharu dipilih masuk ke Permata Pintar UKM mempamer kebolehan menyelesaikan pengiraan matematik. Kisahnya ada di sini… http://bit.ly/2D6jifE #TVutusan #utusanmalaysia #utusanonline

Posted by Utusan Online on Tuesday, January 16, 2018

Kredit : MyIslam Info. Via – FB

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: PENDIDIKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *