Selepas Bertahun Hidup Sebagai Gelandangan Akhirnya Kanak² Lelaki Ini Dapat Katilnya Sendiri. Reaksi Dia Buat Ramai SEBAK.

| January 18, 2018 | 0 Comments

Selepas Bertahun Hidup Sebagai Gelandangan Akhirnya Kanak² Lelaki Ini Dapat Katilnya Sendiri. Reaksi Dia Buat Ramai SEBAK. | MYISLAM INFO – Kadang-kadang kita tidak sedar betapa bertuahnya kita. Jika anda mempunyai tempat tinggal berbumbung, hidangan makanan di atas meja dan mempunyai katil sendiri maka anda mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada berjuta orang lain.

 

 

Ini ialah kisah Daeyrs dan ibunya Dionna yang telah menjadi gelendangan hampir seumur hidup mereka. Semasa Dionna kehilangan pekerjaan sebagai pelatih jururawat, mereka juga telah kehilangan rumah dan berkeliaran mencari tempat perlindungan.

Walaupun tinggal di perumahan negeri, mereka hanya mempunyai tilam dan beberapa kerusi sebagai perabot dan Daeyrs tidur berselimut di atas lantai. Boleh dikatakan bahawa Daeyrs tidak mempunyai kehidupan istimewa.

Tapi untungnya Daeyrs yang berusia 8 tahun dan ibunya mempunyai seorang penjaga yang berdekatan. Seorang pekerja sosial yang mengendalikan kes mereka ingin melakukan sesuatu untuk membantu keluarga kecil itu.

Sebaik sahaja dapat menghubungi ‘Humble Design‘ iaitu sebuah organisasi amal, dia berjaya membawa dua beranak ini ke rumah impian mereka. Organisasi tersebut telah menyediakan kelengkapan rumah itu sepenuhnya untuk mereka, termasuklah bilik tidur yang lengkap sepenuhnya untuk Daeyrs.

Daeyrs tidak perlu lagi tidur di atas lantai kerana sekarang dia telah mempunyai katilnya sendiri yang selesa untuk tidur. Selain itu, mereka juga menyediakan set mainan dan set seni untuk Daeyrs.

Nampaknya mimpi Daeyrs telah menjadi kenyataan! Mereka juga berjaya merakam detik ketika Daeyrs masuk ke bilik baharunya untuk kali pertama. Reaksi Daeyrs mengingatkan kita betapa bertuahnya kita sebenarnya.

 

Daeyrs dan ibunya di bawa masuk ke rumah impian mereka

 

 

Daeyrs kelihatan begitu teruja melihat banyak hadiah Krismas

 

 

Bukan itu sahaja, Daeyrs juga teruja melihat hidangan makanan yang enak di atas meja

 

 

Daeyrs begitu diberitahu bahawa ada kejutan untuknya di bilik tidur dan diminta untuk menutup matanya

 

 

Daeyrs begitu terkejut melihat biliknya yang serba lengkap itu

 

 

 

Tiba-tiba dia menangis kerana terlalu terharu dengan kejutan tersebut

 

 

Sebuah tempat yang menjadi idamannya sejak dahulu kini berada di hadapan matanya

 

 

Selamat Hari Krismas Daeyrs

 

 

“Dia begitu teruja untuk mempunyai biliknya sendiri, tetapi sangat terkejut dengan apa yang sebenarnya berlaku untuknya selepas apa yang telah dilaluinya- untuk mempunyai tempat tinggal dan menjadi kanak-kanak biasa tanpa sebarang kebimbangan.”

 

 

VIDEO :

Tonton video di bawah untuk melihat reaksi Daeyrs yang menghibakan ketika dia melihat bilik tidurnya yang baharu. Pastikan anda mempunyai sekotak tisu yang berdekatan!

 

 

Kredit : MyIslam Info. Via – EraBaru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: SOSIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *