Kanak² Ini Setiap Hari Akan Tulis SESUATU Di Buku Untuk Dia Tunaikan Ketika Umur 20 Tahun Nanti. KAGUM !!! 

| January 22, 2018 | 0 Comments

Kanak² Ini Setiap Hari Akan Tulis SESUATU Di Buku Untuk Dia Tunaikan Ketika Umur 20 Tahun Nanti. KAGUM !!!  | MYISLAM INFO – Pada masa kini, tatkala ada orang yang dalam kesusahan, masih ada yang mengambil mudah dalam hal perbelanjaan sehinggakan mencapai tahap pembaziran. Selain itu, ada juga yang sudah mempunyai kerjaya tetapi terlupa akan pengorbanan ibu dan bapa dalam membesarkan mereka.

 

 

Namun begitu, menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak tanpa putus telah mencatit perbelanjaan seharian kerana menyimpan azam untuk memulangkan semula duit ayahnya apabila berusia 20 tahun nanti.

 

 

Xiao Qing yang baru berusia 11 tahun telah pun mula menyimpan rekod perbelanjaannya di dalam buku nota dengan teliti sejak daripada usia sembilan tahun lagi.

Xiao yang berasal daripada Daerah Nantou, Taiwan juga siap menulis nota bagi mengingatkan azamnya itu.

Niat Xiao mencatit perbelanjaan untuk memulangkan semula duit kepada ayahnya amatlah dikagumi, namun, sebab disebalik itu patut dicontohi orang ramai.

Xiao memilih untuk buat begitu sebagai satu cara memperingati kesusahan dan pengorbanan ayahnya dalam menyara keluarga mereka yang miskin.

 

 

Bukan itu sahaja, di dalam buku nota tersebut, Xiao siap membahagikan antara kehendak dan keperluan di halaman pertama bagi mengawal perbelanjaannya.

Katanya, kehendak adalah apabila dia menginginkan sesuatu dan menggunakan wang sendiri yang diperolehnya, manakala keperluan ialah perbelanjaan yang diberi ayahnya untuk yuran tuisyen dan kelas Taekwondo.

Xiao juga menjadi kebanggaan keluarganya kerana kerap kali memenangi pertandingan Taekwondo dan renang di mana dia akan menerima hadiah dalam bentuk wang.

Dia memberitahu wang yang diterima itu akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 20% untuk kehendak, 30% untuk dipulangkan kepada ayahnya dan 50% lagi untuk disimpan.

 

 

Difahamkan ayah Xiao telah bercerai dengan ibunya dan kini bekerja sebagai tukang besi di tapak pembinaan daerah Changhua serta harus menanggung lima beranak termasuk datuk Xiao yang terlantar sakit.

Oleh yang demikian, Xiao juga menggalas tanggungjawab menjaga datuknya bagi membantu meringankan beban ayah dan menyimpan impian untuk menjadi jurulatih sukan di masa akan datang serta berharap dapat memperbaiki kewangan keluarganya.

Hebatlah adik ni! Mesti ayah dia bangga ada anak macam ni.

Kredit : My Islam Info. Via – Lobak Merah.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *