VIRAL Nak Pelamin Macam Yuna Dgn Bajet RM200. Pereka Pelamin Yuna DEDAH Anggaran Kos SEBENAR.

| January 29, 2018 | 0 Comments

VIRAL Nak Pelamin Macam Yuna Dgn Bajet RM200. Pereka Pelamin Yuna DEDAH Anggaran Kos SEBENAR. | MY ISLAM INFO – Sebuah butik pengantin di facebook semalam berkongsi screenshot daripada pelanggan yang mengimpikan pelamin ala kayangan seperti Yuna.

Namun, apa yang membuatkan ianya lucu apabila bajet yang dikeluarkan tidak lebih dari RM200. Butik tersebut menjelaskan dia bukanlah minta dikecam, cuma mahu beri pelanggan kesedaran.

Menerusi laporan mStar Online, pereka pelamin pernikahan Yuna, Firdaus Othman memberitahu kos sebenar pelamin tersebut. Patutlah cantik!

TIPULAH KALAU KAMI TIDAK DITANYA.

Pengarah Kreatif The Calla, Firdaus Othman memberitahu kepada mStar Online butik mereka turut menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan mahukan pelamin seperti Yuna. Namun, Firdaus memberitahu tidak akan buat rekaan yang sama.

Tipulah kalau kami tidak ditanya tentang perkara yang sama, tapi pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit.

Namun, kalau ada pihak lain nak tiru ia tidak jadi masalah.

ANGGARAN KOS PELAMIN YUNA RM 70,000

Mengulas mengenai isu viral bajet RM200, Firdaus memberitahu anggaran kos bagi pelamin di hari pernikahan Yuna dan Adam Sinclair Jumaat lalu adalah RM70,000. Menurutnya lagi, kos itu dikira dari segi penggunaan bunga dan tempoh persiapan.

Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.

Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan.

Walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, Firdaus memberitahu itu merupakan kenangan manis bagi dirinya dan berbangga dapat berikan yang terbaik.

Sumber : mStar Online. Via – MyIslam Info

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *