3 Hari Koma Penat Kerja Amal, Ini Kisah Sister Sabria, Anak Melayu Di Kanada.

| February 8, 2018 | 0 Comments

3 Hari Koma Penat Kerja Amal, Ini Kisah Sister Sabria, Anak Melayu Di Kanada.| MYISLAM INFO – Untuk membuat kebaikan, tidak semestinya kita perlu cukup lengkap semua benda barulah boleh mula membantu orang lain.

 

 

Walaupun serba kekurangan atau tenaga yang terhad, bantuan diberi sudah tentunya boleh meringankan beban mereka yang memerlukan.

 

Usaha seorang anak Melayu di Kanada memasak untuk gelandangan di sana patut menjadi inspirasi dan contoh kepada semua. Memang terbaik!

 

Masak untuk masjid, gereja

 

 

Sabariah Hussein, 70 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Sister Sabria pernah viral di media sosial sebelum ini kerana kegigihannya berbakti di Montreal, Kanada.

 

Anak kelahiran Johor yang sudah lebih 3 dekad berhijrah di sana kini memasak untuk golongan miskin dan gelandangan di 8 buah masjid dan 2 buah gereja di sana.

 

Katanya, kerja amal itu bermula dengan makanan ringan iaitu karipap sebelum segalanya bertambah apabila dia menyedari ramai yang memerlukan.

 

Saya memulakan kerja amal tersebut sejak berhijrah ke Kanada dengan mengagihkan karipap. Mulanya dengan kuantiti yang kecil sahaja kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal saya.

 

Langkah kecil itu akhirnya membuka mata saya untuk meluaskan kerja-kerja amal apabila melihat ramai yang memerlukan pertolongan saya.

 

‘Tidur’ 3 hari tak bangun-bangun

 

Katanya lagi, dia pernah ‘tidur’ 3 hari berturut-turut ketika membantu mangsa tsunami di Indonesia. Dia berpesan kepada suaminya ketika itu untuk tidak mengejutkannya kerana mahu berehat.

 

Menurut permintaannya, suaminya itu membiarkannya ‘tertidur’ selama 3 hari.

 

Saya tanyakan, kenapa tidak kejut saya untuk solat, bukan untuk makan tapi solat sahaja.

 

Rupa-rupanya, ketika itu dia sebenarnya diserang stroke ringan. Perkara itu diketahuinya selepas diserang buat kali kedua, setahun kemudian.

 

Doktor mendapati terdapat gumpalan darah di bahagian otaknya.

 

 

Selain memasak untuk golongan memerlukan, wanita ini juga mengendalikan rumah perlindungan wanita, ‘Our Second Home’ (Rumah Kedua Kita) di rumahnya sendiri.

 

Kerja amal yang dilakukannya dibuat tanpa minta mendapat balasan namun ada sebab kukuh kenapa dia berbuat demikian.

 

Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.

 

Saya nak buat kebaikan dan beramal. Bukan mencari nama dan dikenali. Saya mahu orang tahu kita sebagai orang Islam adalah orang yang baik-baik dan banyak menyumbang kembali kepada komuniti.

Sumber: Free Malaysia Today , Montreal Gazette

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *