Bila Ditanya Tidak Penatkah Menolak Cucunya Setiap Hari?. Jawapan Nenek Ini Buat Ramai TERHARU !!!

| February 8, 2018 | 0 Comments

Bila Ditanya Tidak Penatkah Menolak Cucunya Setiap Hari?. Jawapan Nenek Ini Buat Ramai TERHARU !!!| MYISLAM INFO – Kekurangan diri dari segi keupayaan fizikal bukan penghalang bagi seorang anak untuk terus menuntut ilmu. Bagi anak ini, neneknya yang telah berusia 76 tahun dianggap seperti ibunya sendiri.

 

 

Nenek ini pula sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan kebajikan cucunya terbela dan dijaga.

 

Di Kampung Daizhuyuan, Huangguan, Wilayah Guangxi di China tinggal seorang nenek berusia 76 tahun bernama Shi Yuying bersama cucunya bernama Jiang Hao Wen yang berusia 9 tahun.

 

Pada usia Hao Wen hampir 2 tahun, ibu dan bapanya berasa hairan dengan keadaan fizikal anak ini yang lemah dan masih tidak boleh berjalan.

 

 

Setelah melakukan pemeriksaan di hospital, doktor telah memberitahu Hao Wen mengidapi penyakit ‘cerebral palsy’, satu penyakit gangguan dan kerosakan bahagian tertentu di otak yang telah menyebabkan pergerakan serta koordinasi otot badan tidak dapat dikawal dan berfungsi.

 

Ini telah menyebabkan Hao Wen tidak dapat berjalan seumur hidup dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

 

Ketika Hao Wen berusia 4 tahun, ibu dan bapanya telah bercerai. Ibu Hao Wen telah berkahwin lain dan bapanya bekerja di bandar untuk mencari pendapatan dan membiayai perbelanjaan perubatan serta rawatan Hao Wen yang banyak.

 

Akibat menanggung beban hutang untuk membiayai rawatan Hao Wen, ia telah menjadi punca perceraian ibu dan bapanya.

 

 

Nasib Hao Wen agak baik kerana memiliki seorang nenek yang amat menyayanginya walaupun dia kelainan upaya.

 

Setiap hari neneknya yang sudah tua ini menjaga, mempersiapkan diri cucunya dan menghantarnya ke sekolah yang berada pada jarak 6 kilometer dari rumah.

 

Nenek ini harus berjalan sejauh 24 kilometer setiap hari sambil menolak Hao Wen dengan kerusi rodanya pada waktu pagi dan petang dengan berulang alik di jalan yang sama sebanyak 4 kali setiap hari.

 

Bagi seorang warga emas yang sudah berusia 76 tahun, dengan berjalan sejauh itu setiap hari bukan perkara yang mudah buat nenek Shi Yuying.

 

Sedang seorang tua yang berjalan di sekitar rumah pun sudah keletihan, inikan pula berjalan puluhan kilometer.

 

 

Walaupun begitu, apabila ada orang yang memahami kesukarannya bertanya, “Nenek tidak penatkah berjalan jauh begini?” Nenek Shi Yuying menjawab, “Selagi nenek masih kuat dan terdaya, nenek akan menolak cucu ini ke mana sahaja dia mahu pergi.”

 

Nenek Shi Yuying amat berbesar hati dan ikhlas serta gembira menjalankan tugasnya ini sebagai rutin setiap hari.

 

Walaupun Hao Wen tidak boleh bergerak bebas seperti kanak-kanak lain, anak ini mempunyai kecerdasan akal fikiran dan sangat pintar.

 

Menurut neneknya, Hao Wen sangat pintar dalam menyelesaikan masalah matematik dan memiliki daya ingatan yang amat luar biasa.

 

 

Nenek Shi Yuying berkata, “Hao Wen seorang anak yang berbakat dalam pelajaran, dan saya percaya akan kebolehannya itu.”

 

Nenek Shi Yuying amat berharap pada suatu hari nanti dia akan dapat menghantar Hao Wen ke sekolah berprestasi tinggi untuk mengasah bakatnya dalam pelajaran dan mendapat pendidikan yang lebih baik.

 

Ketabahan nenek Shi Yuying yang sanggup berkorban demi masa depan cucunya yang berpotensi dan berbakat dalam pelajaran wajar dijadikan contoh.

 

Semoga nenek Shi Yuying sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat melihat cucunya membesar serta berjaya di dalam kehidupannya.

Kredit : My Islam Info. Via – Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *