Lihat Seorang Wanita Tidur Beralaskan Tikar Dan Anjing Diluar Rumah. Rupa²nya Wanita Itu Ialah….

| February 11, 2018 | 0 Comments

Lihat Seorang Wanita Tidur Beralaskan Tikar Dan Anjing Diluar Rumah. Rupa²nya Wanita Itu Ialah…..| BUKIT MERTAJAM: Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia cedera dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Bukit Mertajam, semalam.

Wanita berusia 21 tahun itu ditemukan sedang duduk di kawasan luar pagar rumah majikannya oleh seorang wartawan sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pemeriksaan ke atas mangsa yang berusia 21 tahun mendapati kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki.

Wanita yang sudah dua tahun bekerja di negara ini kemudian dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut berikutan kecederaannya yang agak serius.

Susulan itu, polis menahan pasangan adik-beradik berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan mangsa kira-kira jam 8.05 malam.

Kedua-dua suspek yang tinggal bersama ibu mereka yang berusia 60 tahun direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Kredit : Astro Awani

 

 

TERKINI

 

PEMBANTU rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam meninggal dunia petang ini.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ditemui, dia mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua dua kakinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun bagi tujuan siasatan.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit : Mymetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *