Lelaki Ini Merompak Vaksin Dan Culik Dua Jururawat Sebuah Klinik. Apa Yg Dia Lakukan Slps Itu MENGEJUTKAN !!! 

| February 15, 2018 | 0 Comments

Lelaki Ini Merompak Vaksin Dan Culik Dua Jururawat Sebuah Klinik. Apa Yg Dia Lakukan Slps Itu MENGEJUTKAN !!!    | MYISLAM INFO – Rio de Janeiro: Seorang ketua sindiket pengedar dadah di Brazil digelar Robin Hood moden apabila merompak vaksin dari sebuah klinik dan menculik dua jururawat untuk menyuntik vaksin kepada penduduk miskin di Rio de Janeiro.

 

 

Thomaz Vieira Gomes yang dikenali sebagai 2N adalah antara penjenayah paling dikehendaki tetapi dia mengambil tindakan itu selepas melihat ramai penduduk miskin tidak mampu mendapatkan vaksin demam kuning yang menular di Brazil.

 

Selama beberapa bulan, Brazil bergelut dengan wabak demam kuning yang kini menyebabkan berpuluh-puluh penduduk maut.

 

Usaha kerajaan menyuntik vaksin kepada jutaan penduduknya untuk membendung wabak itu berjalan perlahan kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai dan seperti biasa golongan miskin dipinggirkan.

 

2N yang berasal dari Salgueiro, antara wilayah paling miskin di Rio de Janeiro kecewa dengan situasi itu dan akhirnya mengambil tindakan sendiri untuk membantu penduduk di daerah itu.

 

Pada 27 Januari lalu, 2N bersama beberapa pengikutnya menyerbu sebuah klinik kerajaan dan mengambil sebanyak mana bekalan vaksin yang ditemui dan menculik dua jururawat lelaki yang bertugas.

 

Mereka kemudiannya membawa jururawat itu ke Salgueiro dan menyuntik vaksin berkenaan kepada penduduk di situ.

 

Jururawat berkenaan dalam laporan mereka memberitahu, 2N dan anggota kumpulannya tidak bertindak ganas dan mereka melakukan tindakan itu kerana ramai penduduk di daerah berkenaan tidak diberi suntikan vaksin.

 

Selepas ‘tugas’ mereka selesai, jururawat berkenaan dihantar pulang ke klinik.

 

Berita mengenai penculikan itu turut tular di media sosial di Brazil dan ramai pengguna memuji tindakannya yang dianggap seperti Robin Hood moden.

 

Malah, bekas menteri alam sekitar Brazil turut menulis komen mengenai berita itu dengan memberitahu 2N masih seorang penjenayah tetapi tindakannya itu satu khidmat sosial.

 

Pihak berkuasa Brazil menawarkan ganjaran AS$3,000 (RM11,754) kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga 2N berjaya ditangkap.

 

Sumber : MyMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *