Demi Ilmu. Inilah Pengorbanan Budak Lelaki Yang Buat Ramai Orang BANGGA.

| February 19, 2018 | 1 Comment

Demi Ilmu. Inilah Pengorbanan Budak Lelaki Yang Buat Ramai Orang BANGGA. |MYISLAM INFO – Seorang kanak-kanak lelaki di Filipina menjadi bualan hangat di internet selepas dia dilihat membawa adik lelakinya yang masih kecil ke kelas memandangkan tiada siapa yang boleh menjaga adiknya di rumah.

 

 

Justin yang baru berusia tujuh tahun segera mencuri perhatian ramai apabila gambarnya sedang memangku seorang anak kecil sambil menyiapkan kerja sekolah menjadi tular.

 

Lokasi kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan pedalaman yang terletak kira-kira 600 km daripada bandar Manila.

 

Puan Lei iaitu guru yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan di Facebook telah menyertakan sekali kapsyen yang nampaknya menunjukkan mengapa Justin terpaksa membawa adiknya ke sekolah.

 

 

“Saya akan membawa adik saya yang berusia setahun ke sini memandankan nenek perlu bekerja di ladang dan tiada siapa yang boleh menjaganya”.

 

Perilaku Justin ternyata mengejutkan ramai individu yang mengagumi sikap bertanggungjawab dan prihatinnya walaupun di usia yang masih mentah.

 

 

Salah seorang netizen memberi komen:

 

“Ini adalah contoh individu yang bertanggungjawab walaupun masih muda. Dia tahu keutamaannya, perlu belajar di samping menjaga adik kecil”.

 

Kanak-kanak yang sungguh matang! Kesanggupannya datang ke kelas sambil menjaga adik yang masih kecil membuatkan kita semua berfikir bahawa kita yang mempunyai kemudahan ini kadangkala terlalu leka dan tidak mengambil serius tentang masa hadapan.

 

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: PENDIDIKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *