Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak.

| February 21, 2018 | 0 Comments

Tiba-Tiba Terdengar Anak Perempuan Menangis Dengan Kuat. Lihat Lelaki Pegang Tangan Anak. | MYISLAM INFO – Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press.

 

 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya.

 

Tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di belakang lori sebelum meminta suaminya pergi memeriksa apa yang berlaku.

 

Bapa mangsa, Wong, 51, berkata, sebaik saja ke belakang lori dia ternampak ada seorang lelaki muda menarik tangan anaknya secara paksaan.

 

Bimbang dengan keselamatan anak perempuannya, Wong segera menghalang lelaki itu dan meminta bantuan orang ramai untuk datang membantunya.

 

Difahamkan, lelaki terbabit berusia 21 tahun itu merupakan pelarian Rohingya yang baru saja keluar dari kem pelarian dua tahun lalu.

 

Suspek kini menetap di Kuala Kangsar dan menyara kehidupannya dengan mencari dan menjual sisa-sisa buangan.

 

Selepas ditangkap dan diikat oleh orang awam, suspek menjelaskan bahawa dia sekadar mahu merakam gambar bersama mangsa.

 

Difahamkan sebelum kejadian itu, suspek ada membeli sayur-sayuran dari gerai keluarga mangsa dan secara senyap-senyap telah menyelinap masuk ke bahagian belakang lori.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun, bapa mangsa yang telah berniaga lebih dari 20 tahun dan ini adalah kali pertama berdepan dengan kejadian seperti itu enggan percaya dengan penjelasan suspek.

 

Malah, Wong berharap pihak media membuat liputan mengenai kes yang menimpa anaknya itu agar golongan ibu bapa lebih berhati-hati.

 

Tidak beberapa lama kemudian, unit polis peronda tiba di tempat kejadian, menggari tangan suspek dan membawanya ke balai untuk tindakan lanjut.

 

Sementara itu, mangsa tidak dapat pergi ke balai polis kerana masih berada dalam keadaan trauma.

 

Sumber : China Press.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *