Bila Ditegur & Dinasihati Dijawab “I DON`T CARE” Apa Yg Perlu Kita Buat. Inilah Penjelasan Dr Zaharuddin Yg WAJIB Kita Buat.

| February 27, 2018 | 0 Comments

Bila Ditegur & Dinasihati Dijawab “I DON`T CARE” Apa Yg Perlu Kita Buat. Inilah Penjelasan Dr Zaharuddin Yg WAJIB Kita Buat. | MYISLAM INFO – JIKA ada orang Islam yang terbuka dan bangga serta terus mempromosi kesalahan khususnya ke tahap merosakkan kesucian dan reputasi Islam contohnya :

 

 

A. Tudung dari jenis potongan dan fesyen yang tidak menurut syara’,

 

B. Dilancarkan di tempat maksiat

 

C. Pelancaran dengan cara maksiat juga,

 

D. Kemudian apabila dinasihat dan ditegur, dijawab ‘I don’t care’

 

Maka WAJIBLAH kita berusaha menjadikan dia ‘care’ dengan cara yang berkesan & hikmah. Samada doa, nasihat padu ataupun boikot produknya.

 

Jawapan ‘i dont care’ itu seperti suatu kesombongan mungkin akibat secebis ‘kejayaan’ dalam bisnes & sokongannya. Nabi bersabda apabila ditanya apakah erti kesombongan, jawab baginda : “Apabila ditolak hal yang benar dan memperlekeh manusia”

 

JIKA ia berterusan & pertahankan kesalahan dan promosi maksiat itu tetapi kemudiannya KELIHATAN semakin pula berganda untung bisnesnya, itu pula dibimbangi suatu istidraj, sebagaimana hadis Nabi

 

إذا رأيتَ اللَّهَ يعطي العبدَ منَ الدُّنيا علَى معاصيهِ ما يحبُّ ، فإنَّما هوَ استدراجٌ

ertinya “ apabila engkau Allah terus memberi nikmat dunia kepada pelaku maksiat yang berterusan dalam maksiat sesungguhnya itulah istidraj” ( Riwayat Ahmad)

 

Allah swt mengingatkan hal ini dalam surah al-an’am : 44 ertinya

 

‎فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

 

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.

 

Iaitu nikmat melimpah ruah diberi kpd pelaku maksiat sebagai hukuman awal bagi menipiskan lagi peluang rahmat kepada pelaku terbabit.

 

Semoga kita semua dapat mengambil pelajaran, bukan hanya dituju kepada sesuatu kes yang khusus tetapi terpakai kepada semua keadaan yang serupa.

 

Sumber : Dr Zaharuddin Abd Rahman

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *