Majikan KEJAM. Apa Yg Dia Lakukan Pada Pekerjanya MENGEJUTKAN !!!

| March 1, 2018 | 0 Comments

Majikan KEJAM. Apa Yg Dia Lakukan Pada Pekerjanya MENGEJUTKAN !!! | MYISLAM INFO – BANGKOK: Pemilik kedai getah di Narathiwat ditahan selepas dirakam melanggar dan menggilis seorang pekerjanya yang sedang menunggang motosikal dengan sebuah trak.

 

 

Komander Balai Polis Sungai Golok di Narathiwat, Pol Colonel Prayut Wongsanti berkata, Saroj Lee, 40 ditahan dan didakwa kerana membunuh tidak lama selepas kamera keselamatan berjaya merakam insiden yang berlaku di depan kedainya pada Selasa.

 

Pekerja yang maut bernama Mada-oh Maba, 39.

 

Saroj mengaku perselisihan faham antara mereka berdua membuatkan dia mengejar pekerjanya itu sebaik terlihat mangsa menunggang motosikal dan melintasi trak yang dipandunya.

 

Rakaman yang dirakam pada pukul 11.04 pagi Selasa menunjukkan Mada-oh menunggang motosikal di Looksua Anusorn 2 Road di Tambon Sungai Kolok dan disusuli oleh sebuah trak.

 

Trak tersebut kemudiannya melanggar motosikal berkenaan mengakibatkan mangsa terpelanting di depan kedai getah Saroj.

 

Pemandu trak itu turut kelihatan membuka pintu di tempat duduk pemandu untuk melihat keadaan penunggang tersebut yang terbaring di atas jalan.

 

Ketika itu, seorang lagi pekerja kedai tersebut, Abdullah Ma, 22, berlari untuk menarik ke tepi penunggang motosikal terbabit, namun trak itu dilihat mengundur dan maju ke depan untuk menggilis mangsa dengan kelajuan maksimum. – The Nation/Asia News Network

 

Sumber : Mstar

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA

 

Ibu Terkejut Ada BENDA Tidur Belakang Bayi.

 

SEPERTI kebanyakan ibu bapa, Bonnie Moore mempunyai pemantauan video di bilik anak perempuannya supaya dia dapat memeriksa situasi anaknya dari masa ke semasa.

 

Tetapi suatu hari ketika dia mahu melihat sama ada anaknya, Athea telah tidur, dia ternampak sesuatu yang pelik di atas katilnya.

 

 

Athea nampaknya telah tidur, tetapi ada sesuatu yang menakutkan dapat dilihat berada di belakangnya.

 

Moore, yang tinggal di Norfolk, berkata: “Saya cuba berfikir sebarang kemungkinan tetapi gagal. Ciri-cirinya sangat jelas.

 

“Jujur saya ​​tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

Dalam skrin yang ditunjukkannya, kelihatan seperti terdapat kanak-kanak lain atau anak patung berbaring di belakang Athea, yang akan menyambut ulang tahun pertamanya minggu depan.

 

Tetapi menurut Moore, dia mendapati tiada apa-apa di tempat tidur anaknya ketika diperiksa.

 

“Anak perempuan saya berada di bahagian bawah skrin. Jika anda zum anda dapat lihat kepala dan badannya, ‘benda’ itu berbaring di belakangnya.”

 

 

Ibu bapa lain bersetuju bahawa ada sesuatu di situ dan ramai kawan Moore percaya ia sebenarnya satu ‘semangat’ seseorang yang sangat istimewa.

 

Moore kehilangan adik lelakinya ketika dia berusia sembilan tahun dan ‘benda’ itu muncul hanya beberapa hari selepas ulang tahun kematiannya.

 

Seorang wanita menulis: “Wow ini sememangnya satu semangat yang saya dapat lihat dan sangat menakjubkan kamu berjaya merakamkannya.

 

“Saya rasa ia seorang budak lelaki, mungkin seorang saudara atau budak lain dari keluarga kamu, dia memberi perlindungan terhadap anak kecil kamu dan sering melindungi ketika dia tidur untuk memastikan dirinya baik-baik saja.

 

“Tak ada apa yang perlu ditakuti, ini benar-benar menakjubkan. ‘Semangat’ yang indah dan anak perempuan yang cantik.”

 

 

Seorang lagi menambah: “Ahh itu luar biasa! Saya sentiasa ragu-ragu tentang semangat, tetapi ini membuatkan saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat jika terdapat satu semangat dekat dengan diri saya.”

 

“Ada seorang budak sedang memeluk bayi Athea,” tulis seorang lagi kawannya.

 

“Budak ini adalah ahli keluarga, ‘semangat’ mesra yang mengawasi Athea.” -MirrorUK

 

Sumber : Mstar

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *