Selepas Diumumkan Sebagai Pemenang, Petinju Ini Dedah SESUATU Dlm Seluarnya Yg Buat Ramai TERGAMAM Dan SEBAK.

| March 4, 2018 | 0 Comments

Selepas Diumumkan Sebagai Pemenang, Petinju Ini Dedah SESUATU Dlm Seluarnya Yg Buat Ramai TERGAMAM Dan SEBAK. | MYISLAM INFO – APABILA petinju muda Michael Valentin memegang mikrofon selepas diumumkan menang ke atas Demetrius Wilson, siapa pun tidak menyangka dia akan membuat pendedahan menyayat hati.

 

 

Dia tidak bercakap mengenai kemenangan 4-0 yang baru diperolehinya, sebaliknya petinju berusia 18 tahun itu mendedahkan rahsianya yang membuat penonton tergamam.

 

Rupa-rupanya, selain perlu bertarung dengan lawan di gelanggang, dalam masa yang sama dia juga perlu ‘bertarung’ dengan beg stoma.

 

Dia kemudiannya mendedahkan bahawa dia dilahirkan dengan penyakit usus yang dipanggil Hirchsbrung, satu keadaan kelahiran di mana sarafnya hilang dari bahagian usus.

 

 

Ucapan Valentin menjadi salah satu ucapan paling memberi inspirasi yang pernah kita lihat dalam dunia sukan.

 

“Saya akan berehat selepas perlawanan ini,” katanya.

 

“Saya tahu ia akan menyedihkan saya, tetapi, sepanjang hidup saya, saya telah berdepan dengan masalah.

 

“Saya selalu berjuang dengan sebuah beg kolostomi. Untuk mereka yang anggap saya berbohong, lihat kepada saya sekarang, saya memakai beg kolostomi.”

 

 

Petinju muda itu, dalam keadaan menahan sebak membuka sedikit seluar pendek yang dipakainya untuk mendedahkan beg yang sedang terlekat di perutnya.

 

“Saya seorang pejuang hebat. Saya berjuang untuk apa saja. Selepas pertarungan ini, saya akan buat pembedahan, saya tidak akan bertarung selama kira-kira lapan bulan, sembilan bulan untuk pulih, tetapi saya akan kembali.

 

“Saya akan pulih, saya kuat dan saya seorang pejuang sebenar.”

 

Penonton di dalam Twin River Casino di Lincoln, Rhode Island, Amerika Syarikat memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

 

Valentin akan menjalani pembedahan usus dan dijangka kembali ke gelanggang dalam masa sembilan bulan.

 

Sumber : Mstar

 

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA

 

Kurung Tiga Anak Dalam Kotak Papan Lapis, Penuh Najis

SEPASANG suami isteri di California, Amerika Syarikat ditahan pada Khamis lalu atas dakwaan melakukan kekejaman dengan sengaja selepas didakwa ‘mengurung’ anak mereka dalam kotak papan lapis dalam keadaan serba daif di kawasan gurun Joshua Tree.

 

 

Tiga anak kepada Daniel Panico, 73, dan Mona Kirk, 51, ditemui dalam ruang sempit itu yang dipenuhi najis mereka selain timbunan sampah sarap.

 

Jurucakap Jabatan Syerif San Bernardino berkata, mangsa berusia 11, 13 dan 14 tahun itu juga mengalami malnutrisi dan dipercayai telah tinggal di dalam kotak itu selama empat tahun.

 

“Pemeriksaan awal menunjukkan tiada tanda penderaan fizikal berlaku ke atas mereka yang juga tidak bersekolah. Kotak yang terdapat beberapa lubang besar itu berukuran 6 meter (m) panjang dan 1.2 m tinggi serta 3 m lebar. Ia tidak dilengkapi bekalan elektrik atau air walaupun suhu di kawasan tersebut mencecah sehingga 48 darjah Celsius.

“Siasatan mendapati Kirk tinggal di dalam kotak itu bersama anaknya manakala Panico tinggal di dalam treler,” katanya.

 

Sementara itu, Kapten Trevis Newport menerusi Twitter memaklumkan pasangan tersebut telah membiarkan anak mereka tinggal dalam keadaan tidak selamat dengan keadaan persekitaran yang kotor dan sempit.

 

Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas timbalan syerif kawasan itu mengadakan rondaan dan terlihat timbunan sampah sarap, alat permainan dan perabot di kawasan tersebut pada awal minggu lalu. – Daily Mail

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *