Lelaki Ini Menemui Gelembung Aneh Di Halaman Rumah. PELIK Tetapi MENARIK !!!

| March 5, 2018 | 0 Comments

Lelaki Ini Menemui Gelembung Aneh Di Halaman Rumah. PELIK Tetapi MENARIK !!! | MYISLAM INFO – Seorang lelaki telah menemui satu kejadian aneh apabila sebahagian kecil kawasan di halaman rumahnya ‘mengembung’ selepas kawasan tersebut ditimpa hujan yang lebat.

 

 

“Saya jumpa gelembung aneh di belakang rumah. Pelik tetapi menarik”.

 

Lelaki ini dikenali sebagai James Callender kemudiannya telah menggunakan dahan kayu untuk meletupkan belon air tersebut di rumahnya yang terletak di Cambridge Springs, Pennsylvania.

 

 

Kejadian gelembung misteri ini dikatakan berpunca apabila ada air terperangkap di antara lapisan rumput dengan membran yang diletakkan di bawah lapisan rumput berkenaan bagi mengehadkan pertumbuhan rumput. Apabila hujan lebat, air tidak dapat mengalir keluar sekali gus menyebabkan tanah mengembung seperti belon.

 

Sewaktu menyucuk gelembung berkenaan dengan menggunakan dahan kayu, air yang terperangkap di dalamnya masih tidak dapat dikeluarkan. Perkara ini membuatkan James terpaksa berdiri di atas gelembung tersebut bagi mengeluarkan airnya.

 

 

Ketika James berjalan di atasnya, ia kelihatan berombak-ombak dan beralun. James terus-terusan menyucuk gelembung itu dengan kayu dan akhirnya, gelembung itu pecah lalu mengeluarkan semua air yang tersimpan di dalamnya.

 

 

 

Peristiwa yang mungkin menyeronokkan untuk ditonton.

 

 

Kredit : Era Baru

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA

 

Datuk kehilangan telefon bimbitnya dan apabila ditemui di tempat yang pelik, semua orang ketawa besar!

Terlupa di mana telefon bimbit diletakkan kadang-kadang amat menjengkelkan. Langkah pertama yang perlu diambil untuk mencari semula di mana telefon bimbit anda berada ialah, periksa di semua tempat yang biasa anda pergi.

 

Jika cara itu tidak berhasil, hubungi nombor telefon anda dengan menggunakan talian lain dengan harapan anda akan mendengar bunyi telefon bimbit itu sekiranya ia berada berdekatan dengan anda.

 

 

Jika cara ini juga tidak berhasil, anda perlu meminta bantuan orang lain untuk turut serta mencari telefon bimbit tersebut.

 

Bagi keluarga ini, ia menjadi aktiviti berkumpulan untuk mencari di mana telefon bimbit ayah mereka. Si ayah tidak dapat mengingati di mana dia meletakkan telefon bimbitnya.

 

Apabila salah seorang ahli keluarga yang cuba menghubungi nombor telefon ayahnya mereka dapat mendengar nada dering telefon tersebut tetapi tidak dapat mengesan di mana ia berada.

 

 

Masing-masing meneruskan pencarian tersebut namun telefon bimbit itu masih belum ditemui biarpun deringan tersebut dirasakan terlalu hampir dengan mereka. Mereka kehilangan idea di mana letaknya telefon tersebut.

 

 

Selepas satu jam mencarinya tanpa sebarang petunjuk, salah seorang anak lelakinya mencadangkan ayahnya mencari di bahagian pakaiannya pula. Dia mencari di dalam poket seluarnya tetapi tidak menemui telefon tersebut.

 

“Ayah perlu tanggalkan seluar ayah,” cadang seseorang.

 

“Ia tiada dalam seluar ayah,” jawab si ayah dengan nada mengejek.

 

Akhirnya seseorang membawa si ayah masuk ke dalam rumah supaya dapat mendengar nada dering telefon bimbit tersebut dengan lebih jelas.

 

Mereka mendekatkan telinga berdekatan dengan tubuh ayahnya dan mula mencarinya di bahagian bawah dan bawah.

 

 

“Adakah telefon itu berada di dalam kasut ayah?”

 

“Tidak!” jawab ayah.

 

Tetapi telefon tersebut ternyata berada di dalam kasutnya.

 

 

Semua ahli keluarga ketawa besar apabila mereka menemui telefon tersebut di dalam kasut ayah mereka.

 

 

“Ayah memijak telefon tersebut sejak mula!” kata salah seorang ahli keluarga sambil ketawa. Ketika itulah ayahnya teringat bahawa dia meletakkan telefon tersebut sebagai langkah berjaga-jaga pada hari sebelumnya.

 

 

Percayakah anda bahawa dia tidak dapat merasai telefon bimbit tersebut berada di dalam kasutnya? Mungkin dia benar-benar tidak dapat merasainya sekiranya dia menetapkan nada dering tanpa bergetar.

 

Tonton video di bawah dan kongsikan kepada orang lain. Siapa tahu ada di antara anda yang pernah melalui sendiri pengalaman seperti ini.

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *