“Ya Allah, Anak Aku,”. Inilah Yg Berlaku Di Tempat Kemalangan Buat Ramai SEBAK.

| March 6, 2018 | 0 Comments

“Ya Allah, Anak Aku,”. Inilah Yg Berlaku Di Tempat Kemalangan Buat Ramai SEBAK.| MYISLAM INFO – Sungguh menyayat hati apabila seorang pelajar perempuan ditimpa kemalangan ngeri di Jalan Balai besar-Alur Tempoyak, Dungun, petang semalam, lapor BH Online.

 

 

Nur Syuhaiba Shafiee, 15, bukan sahaja di digilis malah diseret sebuah lori sejauh 50 meter. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.25 petang itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

 

 

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar itu menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian daripada rumahnya di Perumahan Taman Rakyat, Dungun untuk ke rumah neneknya di Kampung Batu 48.

 

Apabila mangsa tiba di tempat kejadian, Syuhaiba dikatakan cuba memasuki sebuah simpang di situ, sebelum sebuah lori yang sarat membawa muatan sagu keropok dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.

 

Pemandu lori terbabit yang dikatakan berusia 33 tahun dan berasal dari Kuala terengganu yang ketakutan bertindak melarikan diri dan dikatakan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

 

 

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, jenazah Nur Syuhaiba dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

 

Isnin 5 Mac 6.25ptgKES – Pelajar perempuan 15thn maut digilis lori 3tan muatan saguDungun

Posted by Ngeri Seram on Monday, March 5, 2018

 

 

Pelajar perempuan, Nur Syuhaiba Shafiee, 15, maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah lori yang mengheretnya sejauh 50 meter dalam kemalangan di Jalan Balai Besar-Alur Tempoyak, Dungun, Terengganu, petang tadi.Video : NSTP

Posted by Buletin TV3 on Monday, March 5, 2018

 

 

 

Kredit : SiakapKeli

 

 

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA :

 

Pelajar maut, rakan tak ingat punca kemalangan

 

SLIM RIVER – Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di KM105, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

 

 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Nur Suhaida Said, 20, berasal dari Selama disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 20 tahun itu merupakan pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

 

Menurutnya, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Viva yang terbabas masuk ke longkang berhampiran Simpang masuk Tasik YDP.

 

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Slim River menuju ke Behrang sebelum kenderaan mangsa disyaki terbabas ke kiri jalan lalu masuk longkang.

 

 

“Pemandunya merupakan pelajar lelaki berjaya keluar sendiri dari kenderaannya manakala pelajar perempuan terbabit tersepit ditempat duduknya. Khidmat bomba dipanggil untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

 

Wan Kamarul Azran berkata, penumpang berkenaan bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

 

“Pemandunya yang cedera di bahagian mulut dan kaki telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

 

“Berdasarkan keterangan awal, lelaki berkenaan gagal mengingati bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.

 

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *