KURANG AJAR. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Dalam Lif Buat Ramai MARAH.

| March 7, 2018 | 0 Comments

KURANG AJAR. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Dalam Lif Buat Ramai MARAH. | MYISLAM INFO – “SUNGGUH keji perbuatan lelaki itu, tergamak dia melakukan perbuatan tidak senonoh dengan melancap di hadapan emak saya sewaktu berada dalam lif. Perkara itu membuatkan emak trauma untuk keluar sendirian,” kata Mohamad Syazwan Mohamad Jelani, 27.

 

 

Dalam kejadian 4.40 petang semalam, ibu Syazwan berusia 53 tahun mengalami detik cemas apabila menerima gangguan seksual dari lelaki yang tidak dikenali sewaktu menaiki lif di Blok D Pangsapuri Sri Nilam, Ampang Jaya.

 

Menurut Syazwan, kejadian berlaku sewaktu ibunya yang tinggal di Taman Kesuma, di sini, dalam perjalanan ke rumah rakannya yang tinggal di tingkat tujuh pangsapuri terbabit.

 

“Sewaktu kejadian, hanya ibu dan lelaki berkenaan sahaja berada di dalam lif.

 

“Lelaki terbabit pada mulanya hanya lihat telefon pintar yang dipegang di tangan kanannya. Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia didapati memegang kemaluannya menggunakan tangan kiri dan melancap.

 

“Kejadian menyebabkan ibu saya takut dan segera keluar apabila pintu lif berkenaan terbuka sebelum memaklumkan kepada pihak pengurusan keselamatan pangsapuri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Jelas anak kedua dari empat beradik itu, susulan aduan dilakukan pihak pengurusan keselamatan, pangsapuri berkenaan membuat semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam lif.

 

“Difahamkan lelaki berkenaan sebelum ini pernah melakukan perbuatan sama terhadap penghuni pangsapuri berkenaan.

 

“Susulan itu, ibu membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Ampang, pada hari sama bagi tindakan lanjut,” katanya.

 

Kejadian menjadi tular apabila Syazwan memuatnaik video rakaman CCTV sewaktu kejadian di Facebook bagi meminta orang ramai serta penduduk supaya berwaspada dengan lelaki terbabit.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan.

 

 

BERKELAKUAN TAK SENONOH DALAM LIFLelaki ni boleh pulak melancap depan2 akak tu! Setan.. Kejadian berlaku pagi tadi di Blok D Sri Nilam menurut anak akak yang dalam lif tu. Manusia macam ni pun ada ka? Cissss…

Posted by Media Serius on Tuesday, March 6, 2018

 

 

Kredit : MyMetro

 

 

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA :

 

 

Terima kasih pulangkan RM4,000

 

 

KEJUJURAN lelaki berusia 48 tahun memulangkan semula beg mengandungi wang tunai RM4,000 yang ditemuinya di tepi jalan, mendapat pujian bukan saja daripada pihak polis, malah daripada pemilik beg berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, Cheah Keng Keong menemui beg berkenaan di Jalan Batu Sinar, Kampar, tengah hari semalam dan terkejut apabila mendapati terdapat wang sebanyak itu di dalamnya.

 

Katanya, Cheah kemudiannya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk memulangkan semula wang itu sebelum polis mengesan pemilik beg dan wang berkenaan.

 

“Lelaki terbabit ternampak beg berkenaan terjatuh daripada sebuah kereta jam 1.20 tengah hari ketika menunggang motosikal melalui jalan itu bersama anaknya.

 

“Sebaik melihat isi kandungan dalam beg berkenaan termasuk wang tunai, kad pengenalan dan dokumen peribadi, dia terus membawa beg itu ke Balai Polis Kampar bagi membolehkan polis mengesan seterusnya menyerahkannya kepada pemilik,” katanya.

 

Ng berkata, susulan itu polis mengesan pemilik beg terbabit iaitu seorang guru di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan meminta guru berkenaan datang ke IPD Kampar untuk memulangkan beg terbabit.

 

“Saya bercadang untuk menganugerahkan sijil penghargaan kepada Cheah kerana bersikap jujur dan amanah sempena Hari Polis nanti.

 

“Lelaki berkenaan memberitahu walaupun hidup dalam serba kekurangan, dia tidak mengambil duit itu dan itu adalah sikap yang harus dipuji.

 

“Malah pemilik beg berkenaan meminta saya menyampaikan sedikit saguhati kepada Cheah kerana bersikap jujur untuk memulangkan beg terbabit,” katanya.

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *