BERANG Isteri Lahirkan Anak Perempuan, Inilah Tindakan KEJAM Suami Pada Isterinya !!!

| March 11, 2018 | 1 Comment

BERANG Isteri Lahirkan Anak Perempuan, Inilah Tindakan KEJAM Suami Pada Isterinya !!! | MYISLAM INFO – SEORANG lelaki bertindak menyimbah asid pada isterinya kerana melahirkan anak perempuan, dan bukan anak lelaki seperti yang dingininya.

 

 

Mangsa, Farah yang berusia 25 tahun sedang tidur ketika insiden berlaku.

 

Farah mengalami kesan melecur dalam satu insiden serangan yang didakwa dilakukan oleh Siraj di bandar Modarabad dekat New Delhi pada Isnin lalu.

 

Siraj mendakwa isterinya gagal memenuhi tuntutannya mas kahwin dan tidak melahirkan anak lelaki.

 

Mangsa dikejarkan ke hospital daerah kerana mengalami kecedereaan di bahagian muka, tangan dan perut.

 

Lelaki berusia 32 tahun itu dikehendaki polis kerana mengakibat kecederaan menggunakan asid.

 

Kakak mangsa, Nusrat Jahan berkata, adiknya berkahwin dengan seorang buruh lapan tahun lalu, tetapi mula berdepan dengan konflik rumah tangga tahun lalu apabila suaminya menuntut mas kahwin.

 

Katanya, anak perempuan kedua Farah yang baru dilahirkan baru-baru ini didakwa sebagai punca serangan asid.

 

Farah berkata, keluarga suaminya mula menyukarkan keadaan selepas dia melahirkan anak perempuan yang pertama. – Mail Online UK

 

Kredit : Mstar

 

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA :

 

IBU AKUI TIKAM ANAK SAMPAI MATI TAPI….

 

SEORANG ibu mengaku menikam anak lelakinya berusia lima tahun sehingga mati.

 

 

Dia memutuskan untuk tidak membela diri kerana pembunuhan itu.

 

Emma Jackson, 41, membunuh anak lelakinya Tyler Warmington hampir setahun lalu di Farringdon, Oxfordshire di England.

 

Mangsa yang maut dalam serangan itu mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

 

Sejak insiden itu, Emma di bawah penjagaan pakar kesihatan mental.

 

Dia bagaimanapun mengaku membunuh Tyler pada 14 Mac tahun lalu kerana mengalami gangguan mental.

 

Hakim Ian Pringle mengarahkannya berada di bawah penjagaan hospital psikiatri sehingga pendengarannya kes bunuh berkenaan.

 

Jumaat lalu, wanita itu mengaku terhadap pertuduhan menikam anaknya antara 9 Mac dan 15 Mac 2017 tetapi menafikan pembunuhan, dan pengakuan itu diterima.

 

Pringle mengarahkan wanita berkenaan diletakkan di bawah tahanan oleh Pusat Kesihatan Mental Litllemore di Oxford.

 

Menurut hakim itu lagi, beliau akan mendapatkan pandangan pendakwa dan sementara itu, Emma akan direman.

 

Prosiding ditangguhkan sehingga 20 April bagi mensabitkan hukuman terhadap wanita tersebut. – Mirror UK

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *