Dompet Dicuri & Tiada Siapa Bantu Lelaki Pakistan Ini. Hanya Berdoa & Apa Yg Jd Slps Itu Buat Dia MENANGIS !!!

| March 11, 2018 | 1 Comment

Dompet Dicuri & Tiada Siapa Bantu Lelaki Pakistan Ini. Hanya Berdoa & Apa Yg Jd Slps Itu Buat Dia MENANGIS !!!| MYISLAM INFO – Sesungguhnya manusia yang berhati mulia itu masih lagi wujud di dunia ini. Dalam isu menghulurkan bantuan kepada orang asing, kita sering kali mempunyai keraguan kerana banyak kes penipuan seperti dirompak atau dipukau.

Namun begitu, Nic Chong tetap memilih untuk membantu seorang lelaki Pakistan setelah melihatnya seperti berada dalam masalah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Nic menceritakan bahawa dia baharu keluar daripada sebuah kedai runcit KK Mart dan menyedari seorang lelaki warga asing sedang duduk di tepi kedai.

Pada pengamatannya, lelaki berkenaan kelihatan berang dengan kedua-dua tangannya digenggam dengan kuat. Nic kemudian ambil keputusan untuk menghampiri lelaki berkenaan bagi membantunya.

“Dia datang dari Pakistan dan bapanya telah meninggal dunia. Hanya ibu dan abang yang membiayai pembelajarannya di Malaysia.

Namun, beg dompet dan duit untuk membayar yuran pengajian telah dicuri; dia turut menunjukkan kepada saya laporan polis yang telah dibuat”.

“Dia memberitahu bahawa dia sedang bekerja sambilan di Hotel One World sebagai kru perkhidmatan. Namun memandangkan beg duitnya telah dicuri, dia tidak mempunyai wang untuk menaiki bas ke tempat kerja”.

Pada awalnya, Nic agak ragu-ragu memandangkan dia telah mendengar begitu banyak kes penipuan melibatkan warga asing sebelum ini.

Bagaimanapun, kata hatinya kuat mengatakan bahawa dia perlu membantu lelaki berkenaan.

Jadi, akhirnya Nic memutuskan untuk menghantar lelaki ini ke tempat kerjanya.

“Semasa dalam perjalanan, lelaki itu tiba-tiba menangis sambil memaklumkan bahawa dia telah menunggu sejak jam 5 petang. Dia telah meminta pertolongan lebih daripada 10 orang namun tiada siapa yang mahu membantunya. Pada saat saya melihatnya, dia sedang berdoa agar ada insan yang akan datang membantu. Jadi, dia tidak henti-henti berterima kasih kepada saya”.

“Saya tahu dia belum makan malam, jadi saya putuskan untuk belanja dia makan di sebuah restoran mamak. Pada waktu itu baru dia bertenang. Kami menjadi kawan dan dia menceritakan tentang keluarga dan negara asalnya”.

Kira-kira jam 1 pagi baharu Nic tiba di rumahnya. Walaupun keletihan, Nic ternyata gembira kerana dapat membantu seseorang yang dalam kesusahan.

Ujar Nic, “Dunia ini pasti akan menjadi lebih indah jika adanya kepercayaan dan kasih sayang antara manusia.”

Entri yang dikongsi oleh Nic itu berjaya menerima lebih daripada 2,813 kali perkongsian sehingga artikel ini ditulis. Malah, Nic turut meraih komen-komen berbentuk pujian daripada netizen.

Diharap apa yang dilakukan oleh Nic ini mampu meringankan beban lelaki berkenaan. Rakyat Malaysia memang baik hati belaka!

Kredit : Sumber: Facebook/Nic Chong

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SOSIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *