Pulang Dari Kerja Terkejut Tangan Isteri Berdarah Dan Ada Pisau Lipat Disebelah. Selepas Disoal Rupa²nya…

| March 13, 2018 | 2 Comments

Pulang Dari Kerja Terkejut Tangan Isteri Berdarah Dan Ada Pisau Lipat Disebelah. Selepas Disoal Rupa²nya…| MYISLAM INFO – Bila isteri tengah hamil, sudah pasti si suami tak terlayan dengan pelbagai karenah si isteri. Mampu atau tak mampu, si suami pasti akan cuba untuk bagi yang terbaik. (suami yg kisahlah).

 

 

Perkongsian seorang lelaki ini tentang perangai pelik isterinya yang hamil suka cederakan diri sendiri. Jom baca perkongisan ini.

 

Assalamualaikum. Masalah ini mungkin biasa bagi orang lain tetapi berat sangat bagi saya.

 

Baru-baru ini balik dari kerja masuk bilik terkejut apabila saya tengok tangan Isteri berdarah dan pisau ada di sebelah bantal. Mengucap saya tengok.

 

Saya cepat-cepat ambil pisau lipat itu sebelum dia terjaga dari tidur. Saya kejutkan dia dan dia bangun hanya diam tanpa jawab sepatah soalan yang saya tanya.

 

Mata dia sembam sebab banyak menangis kot. Hampir 1 jam setengah saya pujuk dia dan akhirnya dia bersuara.

 

Dia cakap saya suka biarkan dia seorang diri. Saya bukan sengaja nak balik lewat-lewat malam tetapi memang itu kerja saya untuk mencari duit lebih. Bukan selalu saya balik lewat malam.

 

Tangan dia yang lebam tu tak tahu kenapa sebab bila ditanya dia tak jawab, dah seminggu lebam tu.

 

Sejak dia mengandung ni, perangai menjadi-jadi suka cederakan diri dia bila merajuk atau saya keluar kerja. Setiap kali nak keluar kerja mesti dia buat muka dan cakap “nak abang, nak abang”, kadang ada hari dia peluk saya kuat-kuat dan tak bagi saya keluar pergi kerja.

 

Saya betul-betul tertekan rasa nak mengamuk je, tapi bila saya berkeras suara nanti mesti dia menangis melalak.

 

Apa dia nak semua saya penuhi asalkan dia senyum gembira. Dia nak makan itu ini, semua saya beli. Dia nak keluar jalan-jalan, saya bawa juga walaupun jauh.

 

Saya paling tak suka dan tak senang hati bila dia diam, saya akan jadi makin tertekan sebab dia jenis banyak mulut sentiasa bercerita apa pun, suka bergelak melawak dan usik saya tak kira waktu.

 

Kerja rumah memang saya tak bagi dia buat langsung. Kalau saya tengah kerja hati tak tenang asyik fikir dia, dua tiga kali saya terpaksa balik rumah tengok dia.

 

Memang dia akan senyum sampai telinga lari peluk saya yang peluh kotor ni. Saya tak boleh nak bawa dia pergi bengkel, bau minyak dan asap tak elok.

 

Hari ni saya terpaksa tutup bengkel risau dia buat perangai lagi, semalam asyik menangis je kata saya tak hirau kat dia.

 

Tahun ni dah berapa banyak kali saya tutup bengkel sebab dia. Saya ni kerja sendiri, bukan makan gaji.

 

Saya dah terangkan bagi dia faham, tapi bila datang mood dia taknak faham langsung, tu susah sampai menangis-menangis.

 

sudah dua tahun kahwin dan dia pun tahu saya kerja macam ni. Bila soal nak apa dan apa lagi saya tak tunaikan, jawapan dia hari-hari sama “takde apa dah cuma ayang nak abang. nak abang, nak abang”. Suruh balik rumah mak dia taknak.

 

Adoii… Tolonglah puan-puan nak buat macam mana dengan isteri saya ni?? Takkan seteruk ni pembawaan budak2?? Tak kerja, takde duit. Lagi pula dia nak bersalin bulan Mei, banyak duit nak guna pakai.

 

 

*gambar diambil masa dia tidur lps menangis

 

Kredit : Info Ibu Hamil

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *