ALLAHU Sedihnya. Kendong Jenazah Anak Naik Motor Sejauh 100KM.

| March 20, 2018 | 2 Comments

ALLAHU Sedihnya. Kendong Jenazah Anak Naik Motor Sejauh 100KM. | MYISLAM INFO – BIMA: Jenazah bayi warga Desa Waro, Kecamatan Monta, Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat ini terpaksa dibawa dengan motosikal kerana keluarganya tidak mampu untuk menggunakan khidmat ambulans.

 

 

Bayi perempuan berusia lima hari itu meninggal dunia selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Rumah Sakit Umum Daerah Bima.

 

Ketua Desa Waro, M Ali berkata, pihak hospital memberi alasan bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan ambulan percuma ketika kejadian itu.

 

“Jarak rumah keluarga tersebut dengan hospital adalah kira-kira 100 kilometer. Pasangan suami isteri tiada pilihan lain kerana tidak mampu untuk membuat bayaran ambulans seperti diminta,” katanya.

 

Menurutnya lagi, jenazah bayi itu juga pada asalnya ditahan pihak hospital atas alasan bil hospital belum dibayar.

 

Susulan insiden itu, pentadbir hospital, H Ihsan telah berkunjung ke rumah keluarga bayi terbabit untuk memohon maaf kepada Jufrin dan isterinya, Suhadah yang dilaporkan turut menderita lumpuh selama 15 tahun.

 

Pihak hospital turut memberi pampasan kepada keluarga terbabit selain melahirkan rasa kesal terhadap kejadian tersebut. – Kompas.com

 

Kredit : Mstar

 

 

 

BACA ARTIKEL INI JUGA :

 

Remaja Maut Telefon Bimbit Meletup

 

SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun di India maut selepas telefon bimbitnya meletup.

 

 

Ketika kejadian, Uma Oram dilaporkan menggunakan telefon tersebut semasa ia sedang dicas.

 

Remaja itu dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian tangan, dada dan kaki.

 

Media tempatan memetik abangnya sebagai berkata bahawa ketika kejadian mangsa sedang berbual dengan seorang ahli keluarga selepas makan tengah hari, tetapi telefonnya kehabisan bateri.

“Telefon itu dicaj semasa dia sedang berbual. Bateri telefon meletup secara tiba-tiba.

 

“Uma kemudian rebah tidak sedarkan diri. Dia disahkan meninggal dunia di hospital,” ujar abang mangsa.

 

Polis dilaporkan ke tempat kejadian bagi mendapatkan keterangan dan mayat Uma dihantar untuk bedah siasat. – Mirror UK

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SOSIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *