Selalu BERGURAU “Mak Ayah Dah Tak Sayang Sebab Dapt Baby Baru”. Apa Yg Kanak² Ini Lakukan Pada Adiknya MENGEJUTKAN.

| March 20, 2018 | 0 Comments

Selalu BERGURAU “Mak Ayah Dah Tak Sayang Sebab Dapt Baby Baru”. Apa Yg Kanak² Ini Lakukan Pada Adiknya MENGEJUTKAN. | MYISLAM INFO – Tidak dinafikan, kanak-kanak amat memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya. Bukan sahaja itu, malahan mereka haruslah diberi perhatian sepenuhnya agar tidak terasa tersisih.

 

 

Namun, masih ada segelintir masyarakat tidak peka dengan isu ini sehinggakan sering membuat gurauan tidak berasas yang membolehkan mereka bertindak di luar kawalan.

 

Seperti perkongsian ini, alangkah terkejutnya kami apabila seorang budak 4 tahun tergamak bertindak membunuh adiknya sendiri gara-gara cemburu.

 

Semoga kisah ini dijadikan iktibar buat semua.

 

BUDAK 4 TAHUN BUNUH ADIK SENDIRI

 

” Bang, ada budak umur 4 tahun bunuh adik dia. Adik dia baby “

 

Pada malam tu aku memandu dalam kereta , isteri aku memang duduk belakang kereta bersama dengan anak-anak aku.

 

Isteri aku dengan tiba-tiba bangkitkan isu ni.Katanya kisah viral. Aku pun dengan tenang mendengarnya.

 

-” Apa kisah lanjutnya sayang?”

 

Isteri aku cerita,budak 4 tahun ni lompat berulang kali ke atas adiknya yang baby tadi. Sehingga adik dia tidak bernyawa.

 

Ibunya pula yang perasan kejadian ni tidak sempat nak selamatkan anaknya yang baby tadi.

 

-” Apa puncanya budak tu buat macam tu? Nak bermain ke?” Tanya aku.

 

Isteri aku kata, budak 4 tahun buat begitu kerana ramai berkata dengan dia yang mak dia tak sayangkan dia lagi kerana ada adik baru.

 

Budak 4 tahun ni beranggapan jika adik dia sudah tiada maka ibunya akan menyayanginya.

 

TERASA HATI MAK AYAH TAK SAYANG

 

Masa ni aku tersentak, budak sekecil begitu pun sudah mengerti dan begitu mudah rasa kecil hati dan takut tidak disayangi oleh mak ayah.

 

Ye rakanku,

 

Biasa kan kita dengar orang luar atau kita sendiri pernah kata pada anak kita ayat sebegini :

 

“Habislah abam/kakak, mama dah ada adik baru. Sudah tidak sayangkan kamu lagi. “

 

Kita ataupun orang sekeliling sering ucapkan kata-kata ni kepada si kecil berulang-ulang kali tanpa memikirkan kesan emosi kepada si kecil ni tadi.

 

Dengan niat mengucapkan kata ini kepada si kecil hanyalah sekadar “gurauan mengusik”.

 

Namun, bagi si kecil ianya kata-kata benar dan mudah mempercayai kata orang dewasa serta tidak tahu membezakan apakah itu gurauan.

 

BIARLAH GURAU BERTEMPAT

 

Secara tidak sedar, bagi yang ungkapkan kata ini dah melukakan hati dan perasaan si kecil ini.

 

Secara tidak langsung si kecil boleh bertindak terlalu agresif kepada adiknya yang baby tadi.

 

Sepatutnya kita sebagai orang dewasa lebih elok ungkapkan kata pujian kepada si kecil ni seperti ” bestnya ada adik, dah jadi seorang abang/kakak yang hebat”.

 

.

Sahih atau tidak kisah ni aku pun tidak pasti.

 

Namun bagi aku, tidak sepatutnya kita ungkapkan :

“Habislah kamu, mak ayah tidak sayangkan kamu lagi sebab dah ada baby baru”.

 

Mungkin orang lain ada pendapat sendiri.

 

Namun bagi aku, nak bergurau pun biar bertempat. Perlu fikirkan hati dan perasaan si kecil.

 

Kalau kau sendiri pun mudah sensitif dengan gurauan, inikan pula si kecil.

 

Kredit : Muhammad Khalini Abdul Halim  & OHBULAN!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *