Lelaki Ini Habiskan Masa Selama 30 Tahun Untuk Tanam Pelbagai Jenis Bunga Untuk Isterinya. Hasilnya Memang WOW !!!

| March 22, 2018 | 0 Comments

Lelaki Ini Habiskan Masa Selama 30 Tahun Untuk Tanam Pelbagai Jenis Bunga Untuk Isterinya. Hasilnya Memang WOW !!!| MYISLAM INFO – Setiap bulan Mac hingga April, sebuah rumah di Shinsho-cho, Miyazaki, Jepun akan menjadi tumppuan orang ramai.

 

 

Apa yang menariknya di sekitar rumah itu terdapat ‘selaut’ bunga-bungaan berwarna merah jambu yang sangat memukau pandangan.

Bunga-bungaan itu ditanam sendiri oleh seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Kuroki. Percaya atau tidak dia telah mengambil masa 30 tahun untuk menanam semua bunga di situ.

 

Dengan semua yang dilakukan tujuannya hanya satu, untuk melihat isterinya tersenyum lagi.

 

Lautan bunga berwarna merah jambu boleh dilihat di sekitar rumah Kuroki

 

 

Isteri Kuroki dikatakan telah menjadi buta ketika berusia 53 tahun akibat diabetes. Dia mula berasa tidak senang dengan keadaan itu, mana tidaknya dunianya yang terang dahulu kini bertukar menjadi gelap gelita.

 

Dia juga tidak lagi dapat berinteraksi dengan orang lain membuatkan dia mula mengasingkan diri dengan dunia luar. Perkara ini sangat merisaukan Kuroki.

 

Kuroki dan isterinya telah berkahwin selama lebih daripada 60 tahun sejak tahun 1956

 

 

Jadi, untuk menghiburkan isterinya, Kuroki telah berhenti kerja di ladang dan memutuskan untuk menanam bunga di sekeliling rumahnya.

 

Dia berharap bunga itu dapat membuatkan isterinya tersenyum lagi. Tetapi, lain pula yang berlaku selepas itu.

 

Ramai pengunjung mula datang ke rumahnya untuk menikmati dan melihat sendiri keindahan pemandangan di situ. Oleh kerana semakin ramai pelawat yang datang setiap hari, isterinya sudah tidak berasa kesepian lagi.

 

Walaupun isterinya tidak dapat melihat bunga yang cantik, dia mula tersenyum lagi setelah menerima kehadiran ramai pengunjung

 

 

 

Kuroki dikatakan telah menghabiskan masa selama 2 tahun untuk menyiapkan halaman belakangnya. Dia terpaksa memotong pokok, menanam benih dan beberapa tahun kemudian, puluhan ribu bunga Chi Sakura tumbuh mekar di sekitar rumahnya.

 

Hasilnya melebihi apa yang dijangkakan oleh Kuroki

 

 

 

 

Bagi yang merancang untuk ke Jepun jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan isteri Kuroki. Dia mungkin tidak dapat melihat tetapi wanita itu penuh dengan kasih sayang dan kaya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

 

Kehadiran orang ramai berjaya menghilangkan kesepian dan kesedihan wanita ini. Kini, dia tidak lagi berasa kesunyian dan suaminya bahkan selalu berada di sisinya

 

 

 

 

Pengunjung yang datang melawat akan dapat melihat keindahan lautan bunga sakura dan akan tersentuh oleh cerita cinta Kuroki. Semoga bunga-bunga ini akan terus mekar, sama seperti cinta Kuroki terhadap isterinya yang tercinta!

 

 

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *