Lelaki Ini SENGAJA Matikan Jam Loceng Dan Tidur Semula. Dua Minit Slps Itu Apa Yg Jadi MENAKUTKAN !!!

| March 29, 2018 | 0 Comments

Lelaki Ini SENGAJA Matikan Jam Loceng Dan Tidur Semula. Dua Minit Slps Itu Apa Yg Jadi MENAKUTKAN !!! | MYISLAM INFO – Adakalanya, kita sering menganggap sesuatu yang berlaku itu mempunyai hikmah di sebaliknya dan kejadian yang berlaku kepada seorang lelaki di Indiana ini benar-benar membuktikan bahawa “setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi”.

 

 

Raymond Bowling akan bangun seawal 5.30 pagi setiap hari dengan bantuan jam locengnya. Majoriti daripada kita akan menekan butang ‘snooze’ agar kita dapat melelapkan mata untuk seketika sahaja.

 

Tetapi tidak bagi Raymond kerana seumur hidupnya, dia akan bangun sebaik sahaja jam loceng berbunyi.

 

 

Namun pada tanggal 1 Mac 2017, buat pertama kalinya Raymond menekan butang ‘snooze’. Satu tindakan yang tidak pernah dilakukannya!

 

Ujar Raymond kepada CBS News, “Saya tidak pernah melakukan perkara itu tetapi pada pagi tersebut, saya terlelap”.

 

Tidak lama kemudian, setelah bangkit dari tidurnya, Raymond ternyata terkejut dengan apa yang telah berlaku. Bagi Raymond, tindakannya menekan butang snooze itu telah menyelamatkan nyawanya daripada melayang.

 

“Pagi itu saya menekan butang snooze, berbaring untuk seketika sementara menunggu loceng berbunyi semula.”

 

Beberapa minit kemudian, Raymond telah tersentak dengan bunyi dentuman yang kuat. Raymond bergegas bangun untuk melihat apa yang telah berlaku.

 

Sebaik sahaja dia memasuki bilik mandi, Raymond terkejut melihat sebatang dahan pokok menembusi siling dan berada tepat di tempat Raymond menggosok giginya.

 

 

 

 

Tambah Raymond lagi, “Jika saya bangun juga pada waktu itu, tidak menekan butang snooze dan terus ke bilik air, saya pasti sedang berada di sudut itu sambil memberus gigi. Ia seperti Tuhan telah menyelamatkan saya.”

 

Siasatan mendapati dahan pokok sepanjang 40 kaki itu telah melayang akibat ribut dan taufan yang melanda kawasan berkenaan pada malam kejadian.

 

Raymond turut memaklumkan bahawa dia langsung tidak tahu-menahu tentang kejadian ribut berkenaan sehinggalah dia bangun dan melihat sendiri kejadian tembusan kayu itu.

 

Dua jam kemudian, dahan kayu berkenaan telah dibawa keluar. Mujur, tiada kejadian buruk berlaku kepada Raymond dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

 

“Ternyata Tuhan sedang melindungi saya”.

 

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *