PELIK Selepas Setahun Dapat Rumah Cantik Baru Mengadu Sempit Dan Minta Pasang Jubin Lantai. Slps Disiasat Rupa²nya…

| April 2, 2018 | 0 Comments

PELIK Selepas Setahun Dapat Rumah Cantik Baru Mengadu Sempit Dan Minta Pasang Jubin Lantai. Slps Disiasat Rupa²nya… | MYISLAM INFO – PETALING JAYA: Keringat yang dicurahkan pasukannya buat golongan asnaf bukanlah minta disanjung, namun cukuplah ia tidak dipertikaikan sehingga menimbulkan rasa terkilan para sukarelawan yang terlibat secara aktif membantu mereka yang memerlukan.

 

 

Kekesalan itu diluahkan oleh pengasas pertubuhan sukarelawan kebajikan, The 3rd Force (Thirdforce), Dr Raja Shamri Raja Husin melalui posting yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad malam.

 

Dalam posting tersebut, Raja Shamri mendakwa terdapat seorang asnaf yang merupakan seorang ibu tunggal yang memelihara anak kelainan upaya, mengadu bahawa rumah seluas 800 kaki persegi yang dibina di Pasir Putih, Kelantan untuk dua beranak itu sempit.

 

“Beberapa hari lepas ada asnaf yang kita pernah bantu untuk bina sebuah rumah yang sangat cantik dengan rekaan moden kontemporari datang mengadu, katanya rumahnya sempit dan mintak kita pasang ’tile’ (jubin lantai) penuh rumah.

 

“Katanya juga sistem pendawaian kita tak sempurna, wayar kena makan tikus dan kena tambah satu lagi tiang elektrik, kena buat telaga tiub dan macam-macam lagilah… semuanya selepas lebih satu tahun,” luahnya melalui posting berkenaan.

 

Permintaan ‘luar biasa’ itu membuatkan Raja Shamri mengesyaki bahawa terdapat pihak yang cuba menghasut wanita berusia 50 tahun tersebut, berdasarkan latar belakang pendidikan asnaf itu, hanya bekerja kampung serta menyara seorang anak sahaja.

 

Telahannya itu mungkin ada benarnya apabila beliau mendakwa mendapat maklumat bahawa ada pihak yang datang berkempen dari rumah ke rumah sempena musim pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

NAK BERKEMPEN SILAKANLAH TAPI JANGAN HASUT ASNAF JADI KUFUR

 

Beberapa hari lepas ada asnaf yang kita pernah bantu untuk bina sebuah rumah yang sangat cantik dengan design moden kontemporari datang mengadu katanya rumahnya sempit dan mintak kita pasang tile atau mozek penuh rumah.

Katanya juga sistem pendawaian kita tak sempurna, wire kena makan kat tikus dan kena tambah satu lagi tiang letrik, kena buat telaga tiub dan macam-macam lagilah … Semuanya selepas lebih satu tahun … heheeh …

 

Masa tu hati dah syak ada sesuatu yang tak kena ni. Macam ada je orang yang cerdik tak berapa cerdik, stupid tak berapa stupid yang datang hasut atau cucuk jarum ni cakap yang bukan2 sebab asnaf ni seorang ibu tunggal kerja kampung, tak berpendidikan dengan seorang anak OKU terlantar …

 

Setelah kita siasat info yang kita dapat musim dekat nak pilihanraya ini adalah yang datang berkempen rumah ke rumah … lepas tu mulalah nak tunjuk ambik berat … kritik rumah yang kita sama2 bina … tak kena kat situlah kat sinilah …

 

haishh … awak tu dulu si asnaf berpuluh tahun hidup dhaif tak ada pulak datang bantu … bila kita dah siap bina rumah bagai dah setahun dah baru awak datang pulak hasut tak ada tile lah, rumah keciklah dsbg.

 

NAK BERKEMPEN SILAKANLAH TAPI JANGAN HASUT ASNAF JADI KUFUR …

 

Sebaliknya jika kalian sama2 pakat bantu asnaf tu kan bagus. Kalau tengok rumah tu tak ada tile kalianlah yg sponsor tile tu pulak …

 

Kalau rasa rumah 800 kaki persegi untuk seorang ibu tunggal umur 50 tahun dgn anak terlantar tu kecik maka kalianlah yg sepatutnya segerakan penambahbaikan.

 

Bukan kritik projek thirforce …!!
Kita bukan lawan politik kalian!!
We are not you POLITICAL ENEMY!!

 

Lainlah kalau thirdforce ambil calon PRU nanti … ehemm 
Ada berani???

 

Jommm jadi orang baik-baik.
Lainsyakartum La’azidannakum …

 

NAK BERKEMPEN SILAKANLAH TAPI JANGAN HASUT ASNAF JADI KUFURBeberapa hari lepas ada asnaf yang kita pernah bantu untuk…

Posted by Raja Shamri on Saturday, March 31, 2018

 

“Mulalah nak tunjuk ambik berat. Kritik rumah yang kita sama-sama bina, tak kena kat situlah kat sinilah. Awak tu dulu si asnaf berpuluh tahun hidup daif, tak ada pula datang bantu.

 

“Bila kita dah siap bina rumah bagai, dah setahun dah baru awak datang hasut tak ada ’tile’ lah dan rumah kecil. Nak berkempen silakanlah, tapi jangan hasut asnaf jadi kufur (nikmat),” tegasnya.

 

Tambah beliau, pengalaman itu bukanlah kali pertama berlaku dan tidak dinafikan ia telah menjejaskan emosi para sukarelawan yang pernah terlibat membina rumah yang bernilai RM30,000 itu.

 

“Memang biasa berlaku asnaf mengadu begini, tapi biasanya ia melibatkan pihak ketiga dan kita kena faham bahawa asnaf ini bukan sahaja kekurangan dari segi wang, tetapi mereka juga kurang ilmu, akhlak dan iman.

 

“Maka, kami kena berlapang dada. Tapi, diharapkan janganlah kufur dan tidak bersyukur kerana ia boleh membuatkan pemberi sumbangan ‘lari’, katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

 

Jelas Raja Shamri, posting tersebut juga tidak ditujukan kepada parti politik tertentu dan ditulis secara umum.

 

Kredit : Raja Shamri Dan Mstar

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: SOSIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *