‘Ecah’ Hilang Kedua² Kaki Akibat Digilis Lori Dua Tahun Lalu. Sekarang Apa Yg Dia Lakukan MEMBANGGAKAN !!!

| April 3, 2018 | 0 Comments

‘Ecah’ Hilang Kedua² Kaki Akibat Digilis Lori Dua Tahun Lalu. Sekarang Apa Yg Dia Lakukan MEMBANGGAKAN !!! | MYISLAM INFO : SHAH ALAM – Pelajar perempuan yang hilang kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kemalangan di Sungai Besar, Sabak Bernam, dua tahun lalu kini menjadi atlet paralimpik.

 

 

Aktif melibatkan diri dalam sukan angkat berat, Siti Nuraisyah Sahrin, 15, berjaya membuktikan beliau mampu berjaya meskipun kurang upaya.

 

Lebih membanggakan, penglibatan aisyah sejak 2016 itu membawa kejayaan dengan meraih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016, 2017 dan suku pertama 2018.

 

 

 

Bukan itu sahaja, Aisyah yang lebih mesra dengan panggilan Ecah merupakan wakil tunggal Selangor dan peserta termuda dalam pertandingan itu.

 

Siapa sangka selepas tragedi yang menimpanya pada 18 Januari 2016, mengubah kehidupannya apabila menjadi atlet sukan yang mengharumkan nama negara.

 

Dalam satu temubual program Sofa Sinar, Ecah memberitahu kehidupannya berubah berkat sokongan keluarga, rakan-rakan dan guru sekolah.

 

 

 

 

“Ibu bapa, kawan-kawan dan cikgu sekolah banyak bagi kata-kata semangat. Mereka selalu nasihatkan saya jangan sesekali putus asa,” katanya.

 

Ecah berkata, dia tidak mahu tragedi yang menimpa dirinya mendatangkan kesedihan kepada orang ramai.

 

“Ketika kejadian, saya sedar kaki tiada dan tidak pernah rasa trauma hingga sekarang,” katanya.

 

Bapa tirinya, Roslan Sardi berkata, dia kagum dengan semangat luar biasa Ecah yang tidak pernah berasa sedih dengan tragedi menimpanya.

 

 

 

 

“Saya bersyukur ALLAH kurniakan Ecah kekuatan dimana dia boleh hadapi musibah ini dengan tenang dan dapat terima kekurangan diri.

 

“Ecah cepat pulih, kalau orang lain dah meraung tapi Ecah tak menitiskan air mata langsung..memang dia seorang yang kuat,” katanya.

 

Mengakhiri temubual itu, Roslan menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak malu sebaliknya menonjolkan anak untuk masa depan yang cerah.

 

“Jangan anggap anak ini memalukan keluarga kerana mereka sebenarnya boleh berjaya. Jadi, kita perlu bawa dia ke depan dan jangan berasa malu.

 

“Beri anak ini semangat dan harapan agar dia boleh maju dan menjadi seorang yang berjaya,” katanya.

 

Kredit : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *