Chef Jo Tunjuk CARA Masak Rendang Ayam “CRISPY”.

| April 5, 2018 | 0 Comments

Chef Jo Tunjuk CARA Masak Rendang Ayam “CRISPY”. | MYISLAM INFO – Mungkin sebagai menyahut cabaran kepada kecaman juri MasterChef UK terhadap rendang ayam “crispy”, seorang chef terkenal tanahair menyediakan menu tersebut.

 

Chef Jo atau nama sebenar beliau Mohd Johari Edrus menerusi satu rakaman menunjukkan cara memasak “rendang ayam crispy” kepada netizen yang mengikuti laman sosial Facebooknya.

 

Menariknya, beliau menyediakan kedua-dua masakan, rendang ayam tradisional, diikuti perkongsian cara memasak rendang ayam seperti yang disebut oleh juri Chef John Torode.

 

Baru-baru ini peserta Malaysia, Zaliha Kadir Olpin disingkir daripada pertandingan memasak MasterChef UK pusingan kalah mati kerana rendang ayam yang dimasak tidak ranggup dan kulitnya tidak garing.

 

Menurut rakaman Chef Jo, beliau pastikan ayam disaluti tepung dan bahan campuran lain sebelum menggorengnya sehingga garing.

 

“Salutkan dengan tepung kerana anda mahukan ayam ‘crispy’ kan…” katanya sambil beraksi di dapur.

 

Ayam tersebut digoreng beberapa minit, direneh dan ayam goreng ranggup siap. Kemudian, Chef Jo mengambil sebiji mangkuk yang diisi kuah rendang dan mencicah ayam itu ke dalam rendang.

 

 

“There you are…. last and not least, rendang sauce. Now, crispy chicken rendang ready,” katanya sambil menjamah ayam goreng cicah kuah rendang itu.

 

Video itu ditonton lebih 12,000 kali dan dikongsi hampir 300 netizen menerima pelbagai reaksi, rata-rata memuji cabaran yang diambil Chef Jo terhadap kecaman Chef John dari MasterChef UK.

 

Bagaimanapun ada yang menyampaikan kerisauan dengan menyatakan supaya tidak terlalu terikut dengan permintaan mereka yang tidak mengenali masakan tradisi.

 

Apapun, nampaknya rendang ayam “crispy” atau ranggup ini bakal membuat pusingan dalam industri kulinari tempatan. Mana tau, bulan Ramadan nanti semua hotel dan restoran berlumba-lumba menyediakan resepi ayam rendang crispy ini.

 

Kredit : FMT

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *