Curi Kad Kredit Ibu. Apa Yg Dilakukan Oleh Kanak² Umur 12 Tahun Dgn Kad Kredit Itu MENGEJUTKAN.

| April 22, 2018 | 0 Comments

Curi Kad Kredit Ibu. Apa Yg Dilakukan Oleh Kanak² Umur 12 Tahun Dgn Kad Kredit Itu MENGEJUTKAN. | MYISLAM INFO – USIANYA baru mencecah 12 tahun, tetapi budak lelaki ini telah mencuri kad kredit ibunya dan bukan itu saja banyak lagi yang dilakukannya selepas itu.

 

 

Menempah tiket penerbangan ke Bali dan membelanjakan sejumlah besar wang untuk percutian mewah selama empat hari, itulah yang dilakukan budak yang identitinya tidak didedahkan.

 

Segala-galanya berpunca daripada pergaduhan yang tercetus antara budak lelaki itu dengan ibu bapanya.

 

9news melaporkan, budak itu berjaya menempah tiket penerbangan tambang murah ke Indonesia selepas meneliti syarat yang tidak memerlukan dia mengemukakan surat pengesahan yang ditandatangani ibu bapanya.

 

Dia kemudiannya mengemas pakaian, mengambil pasport dan terus ke lapangan terbang menaiki kereta api untuk melalui pengembaraan solonya.

 

Tiket penerbangan yang ditempah mendarat di Sydney seterusnya ke Perth sebelum ke Denpasar.

 

Budak itu juga mengakui terkejut kerana tiada sesiapa yang bertanya kenapa dia melalui perjalanan sendirian.

 

Sebaliknya dia hanya diminta menunjukkan kad pelajar dan pasport bagi membuktikan usianya.

 

Apabila ibu bapanya melaporkan kehilangannya selepas gagal hadir ke sekolah, budak itu telah tiba di Bali dan check in di hotel empat bintang, Hotel All Seasons.

 

Ibunya, Emma yang juga ibu kepada dua cahaya mata begitu terkejut dengan tindakan anaknya itu.

 

Bagaimanapun lain pula halnya dengan budak lelaki itu apabila berkata: “Sesuatu yang hebat apabila dapat melalui pengembaraan begini.”

 

Kredit : Mstar

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *