Pukul Anak Sampai LEMBIK. Apa Yang Jadi Selepas Itu Buat Dia MENYESAl Kerana…

| April 22, 2018 | 0 Comments

Pukul Anak Sampai LEMBIK. Apa Yang Jadi Selepas Itu Buat Dia MENYESAl Kerana…| MYISLAM INFO – Melayari alam rumah tangga sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Ia penuh pancaroba yang hanya boleh diharungi jika suami dan isteri saling berganding bahu membantu antara satu sama lain.

 

 

Realiti selepas berkahwin jauh berbeza dengan fantasi yang di angan-angankan oleh semua pasangan yang bercinta. Tambah-tambah, kalau sudah mempunyai zuriat. Hidup bukan lagi seperti orang bujang kan.

 

Begitu seperti sebuah kisah yang diluahkan oleh seorang wanita di dalam kumpulan Kisah Rumah Tangga Fans ini. Semuanya bermula apabila wanita tersebut mendakwa bahawa suaminya seolah-olah lepas tangan dalam menguruskan rumah tangga.

 

Malah, suaminya turut menggunakan alasan sibuk dengan kerja untuk mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi apa yang berlaku adalah suami wanita tersebut sebenarnya keluar bersama-sama kawan dan berkonvoi ke Thailand untuk menyertai pesta air disana.

 

Kemuncaknya, akibat terlalu tertekan dengan beban kerja, akhirnya wanita tersebut mengaku tanpa sedar telah mencederakan anak sendiri untuk melepaskan tekanan. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian wanita tersebut di bawah.

 

Assalamualaikum semua ibu dan terima kasih admin jika siarkan cerita saya.

 

Hari ini, anak sulung aku umur dua tahun demam panas. Budak bila tak sihat meragam tak tentu. Anak kedua aku turut demam, umurnya tiga bulan.

 

Aku merupakan seorang suri rumahtangga tapi ada buat kerja sambilan online dan bisnes kecil-kecilan jual kuih. Suami aku? Kerja sendiri.

 

Hari ni dalam sejarah hidup aku teramat menyesal dengan tindakan bodoh aku. Ya, aku terlalu penat uruskan semua hal rumahtangga sendiri. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya sendiri.

 

Suami?? Tak pernah dia peduli walaupun aku pernah berbincang bersama.

 

Aku pukul anak sulung hingga lembik dan aku tak peduli anak aku menangis dan meraung. Aku seakan dirasuk syaitan! Ya Allah ampunkan aku, Ya Allah.

 

Wahai anakku, ampunkan ibu mu yang kejam ini! Aku jadi begini sebab aku terlalu banyak memendam, simpan, sabar dan tak mampu untuk berkata-kata dengan suami.

 

Aku terlalu penat. Bila bercakap dengan suami minta tolong uruskan dan ringankan tulang untuk bantu aku buat kerja rumah, walaupun hanya basuh pinggan sendiri selepas makan mahupun kemas tempat tidur, buang sampah pun hanya sia-sia. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

 

Suami aku tinggalkan aku dan anak semata-mata hanya ingin berseronok bersama kawannya ke Thailand. Mereka konvoi beramai-ramai untuk event di Songkran sempena pesta air di sana.

 

Tetapi setiap kali aku ajak keluar bersama dengan anak-anak, dia hanya mampu kata dia sibuk dan tiada masa. Tetapi, masa untuk dia dan kawan-kawan sentiasa ada.

 

Sebagai isteri, aku hanya mampu diam walaupun aku sudah tegur dan ajak berbincang. Akhirnya aku juga yang dipersalahkan.

 

Rutin harian aku duduk rumah bersama anak dan uruskan segala hal berkenaan rumah tangga tanpa bantuan sesiapa. Family mertua jauh dan family sendiri pun jauh.

 

Aku tiada kawan, aku hanya di rumah bersama anak-anak. Anak aku demam dari semalam dan aku ternampak anak aku menelan kertas.

 

Aku seperti orang yang meroyan, aku terus pergi menjolok tekak anak untuk keluarkan kertas tu guna berus gigi anak. Oleh kerana anak sudah ada gigi, aku takut anak gigit jari aku, jadi aku gunakan berus gigi dia.

 

Keadaan aku sudah tidak terurus. Selama dua hari ini jaga anak demam panas dan melayan kerenah meragam anak, aku tak tidur, makan minum aku tak tentu. Aku hanya sempat mandi pun waktu subuh sahaja.

 

Aku lepaskan amarah pada anak. Aku lempang, aku tolak, aku cubit dan heret anak sehingga dia lembik.

 

Ya Allah, aku tak sedar apa yang merasuk diri ini. Aku menangis semahu-mahunya dalam bilik air sambil memegang pisau sebab aku dah perlakukan anak yang aku kandung dan melahirkan seperti binatang.

 

Ampunkan ibu nak! Ampunkan ibu! Sumpah aku tak tahu kenapa aku boleh buat anak aku macam itu sedangkan selama ini aku tak pernah naik tangan dengan anak.

 

Syukur alhamdulillah, aku bawa anak-anak pergi klinik dan doktor sahkan anak aku tak ada yang serius. Aku peluk, aku cium dan aku sujud dekat anak minta ampun dari anak.

 

Kepada suami, terima kasih wahai suami. Jika Allah tak detik kan hati aku untuk berhenti tadi, mungkin nyawa anak atau diri sendiri yang lenyap.

 

Kepada anak-anakku, ibu janji tak akan buat perangai seperti itu lagi. Itulah kali pertama dan kali terakhir. Ibu cuma ada anak-anak demi kebahagiaan ibu.

 

Ibu dan ayah dah jauh. Ibu akan kuat demi anak-anak. Anak -anak ibulah nyawa cinta hidup mati ibu.

 

Ampunkan ibu, nak!

 

Sumber : Kisah Rumah Tangga

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *