JANGAN ABAI Jika Anak Mengadu SAKIT TELINGA. Doktor Kongsi Bahaya Sakit Telinga Yang Boleh MENGANCAM NYAWA .

| April 23, 2018 | 0 Comments

JANGAN ABAI Jika Anak Mengadu SAKIT TELINGA. Doktor Kongsi Bahaya Sakit Telinga Yang Boleh MENGANCAM NYAWA .| MYISLAM INFO – Sakit telinga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal usia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.

 

 

Sakit telinga yang disebabkan oleh jangkitan lazimnya berlaku di antara usia enam bulan dan dua tahun. Namun ia boleh terus berlaku sehingga anak anda menjadi dewasa.

 

Sakit telinga merangkumi ketidakselesaan ringan hingga ke kesakitan yang mencucuk, tidak tajam atau membakar di dalam atau di sekeliling telinga anak anda.

 

Sekiranya ada anak yang mengadu rasa sakit pada telinga, Ibu bapa jangan buat tak endah kerana meskipun nampak remeh, sakit telinga sebenarnya berpotensi untuk mengancam nyawa.

 

Ikuti penjelasan dari Dr. Ezairy M.Sallih ini mengenai bahaya sakit telinga terutamanya kepada kanak-kanak.

 

ANAK SAKIT TELINGA, ADA CECAIR KUNING. PERLUKAH SAYA BIMBANG?

 

Kenapa jangkitan telinga sangat berbahaya?

 

Jangan dibiar jika anak anda mengadu sakit telinga, keluar cecair kuning, nanah, darah atau apa-apa yang tidak normal.

 

Tahukah anda bahawa komplikasi akibat jangkitan pada dalam telinga berpotensi untuk mengancam nyawa?

 

Jangan dibuat main!

 

Struktur telinga kita sebenarnya bersambung dengan hidung, tekak dan juga ada sambungan dengan rongga-rongga sekitar seperti rongga mastoid dan sebagainya.

 

Jika jangkitan pada telinga tidak dikawal pada peringkat awal, ia boleh merebak ke kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini. Masalah lain dan lebih serius boleh berlaku.

 

Mastoiditis merupakan jangkitan yang berlaku pada kaviti mastoid yang terletak di bahagian belakang telinga. Ia merebak dari telinga tengah untuk membentuk abses atau nanah di ruang udara mastoid tulang temporal.

 

Pesakit yang mengalami mastoiditis kebiasaannya akan mengalami gejala klinikal dan sistematik yang sangat tidak sihat.

 

Jadi, apa simptom dan gejala pesakit yang mengalami mastoiditis ini? Macam mana nak tahu?

 

Pesakit yang mengalami mastoiditis akan dilihat septik: iaitu demam, lemah dan lesu. Kanak-kanak akan menjadi tidak selesa, kerap menangis dan tidak akan makan serta minum.

 

Pesakit akan mempunyai tanda dan gejala dari jangkitan telinga yang lebih teruk. Akan ada tanda kemerah-merahan dan sakit serta bengkak yang signifikan di belakang telinga.

 

Adakah mastoiditis ini akan berhenti setakat itu sahaja?

 

Tidak.

 

Mastoiditis boleh merebak lagi jauh ke dalam sel-sel udara untuk membentuk abses atau nanah subperiosteal dan kawasan-kawasan sekitarnya!

 

Oleh itu, jika anak-anak anda ada mengalami dan mengadu sakit telinga, disertai demam, ada cecair keluar dari telinga, sakit juga di bahagian belakang telinga, jangan tunggu lagi.

 

Bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan menyeluruh dan terperinci akan berjaya mengenalpasti masalah anak anda, walaupun untuk sesetengah kes agak sukar untuk mendiagnos pesakit pada peringkat awal.

 

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *