Direman 3 Hari. Biarkan Kakak OKU Tidur Dalam Sampah Dan Berlumuran Najis.

| April 24, 2018 | 0 Comments

Direman 3 Hari. Biarkan Kakak OKU Tidur Dalam Sampah Dan Berlumuran Najis.| MYISLAM INFO – Seorang jiran mendengar suara dari arah dapur dan membawa kepada penemuan seorang wanita OKU dalam keadaan tidak bermaya. Mangsa dikategorikan lembam ditemui dalam keadaan lemah dan kotor malah di lantai penuh dengan najis mangsa.

 

 

Bagaimanapun, jiran berkenaan berasa curiga dan bertindak untuk mengintai dari cermin tingkap sebelum menghubungi pihak polis.

 

Dalam keadaan terbaring dan berbau

 

 

Dalam keheningan malam, penduduk setempat sering terdengar suara tangisan bayi dan kanak-kanak menangis. Bagaimanapun, semuanya terbongkar apabila sekumpulan kanak-kanak kawasan itu melalui jalan belakang rumah yang dihuni dua beradik terbabit kira-kira jam 9 malam tadi sebelum bertindak ‘mengintai’ bahagian dapur rumah melalui cermin tingkap.

 

Sebaik pintu dipecahkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berbau hamis serta busuk disebabkan keadaannya yang tidak terurus dan najis turut ditemui di lantai. Kita percaya mangsa berkeadaan begitu (tidak terurus) sudah lama melihat kepada keadaannya yang lemah dan susuk badan yang kurus.

 

Menurut BH Online, mangsa tinggal bersama adik perempuan yang berusia 40 tahun. Ketika ditemui di hospital, mangsa yang sedang dirawat mengadu sejuk dan lapar. Adik perempuannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk soal siasat.

 

Siasatan sedang dijalankan

 

 

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui kejadian sama ada mangsa diabaikan atau sebaliknya.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, wanita terbabit direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Boleh dikatakan setiap hari akan kedengaran alunan bacaan al-Quran menerusi radio dari rumah itu. Adik perempuan mangsa juga sering ke madrasah berhampiran untuk belajar mengaji al-Quran dan atas faktor itu kami tidak menjangka kejadian ini akan berlaku.

 

 

BERITA BH ONLINE

 

KOTA BHARU: Adik kepada wanita orang kurang upaya (OKU) lembam yang ditemui dalam keadaan menyedihkan malam tadi, di sebuah rumah di Taman Pinggiran Industri, Pengkalan Chepa, direman tiga hari oleh mahkamah di sini, hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah kepada wanita berusia 40 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata wanita terbabit direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui kejadian sama ada mangsa diabaikan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

NSTP melaporkan, jeritan dari dapur di rumah di Pengkalan Chepa, di sini, membawa kepada penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak bermaya.

Lebih menyayat hati, mangsa berusia 44 tahun yang juga OKU lembam ditemui dalam keadaan lemah dan kotor, malah kawasan lantai wanita itu ditemui dipenuhi najis mangsa.

Jeritan mangsa didengari seorang jiran jam 9.15 malam sebelum bertindak menghubungi polis yang menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan berbau hamis serta busuk, berada di bahagian dapur.

Susulan itu, adik mangsa berusia 40 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk soal siasat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *