Inilah Permintaan TERAKHIR Arwah Dr Fadi M R AlBatsh Fatma Pada Isterinya. SEBAK !!!

| April 25, 2018 | 0 Comments

Inilah Permintaan TERAKHIR Arwah Dr Fadi M R AlBatsh Fatma Pada Isterinya. SEBAK !!! | MYISLAM INFO – ISTERI kepada pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh Fatma yang maut ditembak dua lelaki di depan Kondominium Idaman Puteri di Setapak, awal pagi Sabtu lalu, mahu suspek dikenakan hukuman berat.

 

 

Enas AlBatsh, 31, berkata, suspek perlu diheret ke muka pengadilan.

 

“Mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dengan hukuman berat atas perbuatan mereka,” katanya.

 

Enas juga percaya bahawa ejen perisikan Israel, Mossad, adalah dalang di sebalik pembunuhan suaminya.

 

Bercerita lanjut, wanita itu mendakwa keluarganya tidak pernah menerima sebarang ugutan dari mana-mana pihak.

Malah, mereka menjalani kehidupan normal seperti keluarga lain.

 

“Beliau (Dr Fadi) disayangi oleh semua orang dan amat cintakan bidang pendidikan. Bagaimana seseorang boleh mengancam kami?” katanya.

 

 

Enas turut memberitahu bahawa permintaan terakhir arwah suami adalah supaya dia dapat menamatkan pengajian dalam ijazah doktor falsafah (PhD) di Malaysia.

 

Menurutnya, untuk tujuan itu, dia sudah mendaftarkan diri dalam program PhD di Universiti Malaya.

 

Bagaimanapun, wanita itu mahu melanjutkan pengajian secara dalam talian kerana mahu tinggal di Gaza.

 

“Saya ingat suami pernah berkata, ‘kamu sudah bersabar menunggu saya menghabiskan pengajian PhD dan saya akan menunggu kamu pula (menamatkan pengajian PhD)’.

 

“Beliau beriya-iya menyuruh saya untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

 

Menurutnya, keluarganya juga sudah mempunyai rancangan untuk bercuti di Malaysia.

 

Semua kenyataan Enas itu diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris dengan bantuan seorang lelaki Palestin yang menetap di negara ini.

 

Sabtu lalu, Dr Fadi, pensyarah berusia 35 maut ketika sedang berjalan ke Surau Medan Idaman bagi mengetuai solat Subuh.

Kedua-dua penyerang bermotosikal terbabit dikatakan sudah menunggu ketibaan mangsa sebelum melepaskan 10 tembakan.

 

Dr Fadi meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, masing-masing berusia enam, empat dan setahun.

 

Fotofit dua penyerang itu kini sudah diedarkan di semua pintu keluar utama negara.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek dipercayai berasal dari Eropah atau Asia Barat.

 

Kredit : MyMetro

 

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui…?

 

MOTOSIKAL berkuasa tinggi Kawasaki Versys, dipercayai digunakan suspek dalam kes tembak pensyarah warga Palestin, Sabtu lalu, ditemui berhampiran Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

 

Maklumat mengenai penemuan motosikal berwarna kelabu di belakang kawasan pusat perniagaan Jalan Danau Niaga itu diberikan oleh orang awam kepada polis selepas curiga dengan kedudukan jentera berkenaan.

 

Sumber berkata, motosikal yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan itu diletakkan di pagar tasik berkenaan sejak Sabtu lalu, iaitu hari yang sama kejadian pembunuhan Dr Fadi M R Albatsh Fatma berlaku di Jalan Meranti Setapak, di sini.

 

 

“Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, dilihat berada di lokasi kejadian sejak jam 1 tengah hari tadi.

 

“Mereka kemudian menutup kawasan motosikal itu di parkir dengan tali pita kuning bagi menghalang orang ramai termasuk pihak media mendekati lokasi berkenaan,” katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

 

 

Katanya, pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik IPK Kuala Lumpur dan Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

 

Sementara itu, usaha pihak media mendapatkan pengesahan mengenai penemuan motosikal terbabit daripada Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, masih belum berhasil.

 

Difahamkan, motosikal berkenaan dihantar ke IPD Wangsa Maju untuk pemeriksaan lanjut bagi membolehkan siasatan dilakukan termasuk mengenal pasti individu yang menyewa motor berkenaan daripada pemilik asalnya.

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *