PELIK Kanak² Perempuan Ini Pakai Seluar Dalam Berlapis Ke Sekolah. Selepas Ditanya Rupa²nya…

| April 25, 2018 | 0 Comments

PELIK Kanak² Perempuan Ini Pakai Seluar Dalam Berlapis Ke Sekolah. Selepas Ditanya Rupa²nya…| MYISLAM INFO – TANDA tanya wanita apabila mendapati anak perempuannya sering memakai beberapa lapis seluar dalam terjawab selepas anaknya mendakwa sering dicabul guru kelasnya sejak tahun lalu.

 

 

Mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan sering memakai lebih dari sehelai seluar dalam setiap kali ke sekolahnya di Batu Niah mengakibatkan ibu mangsa berusia 26 tahun itu curiga sebelum mangsa mendedahkan perkara itu.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Balai Polis Pusat Miri pada 3.30 petang kelmarin.

 

Menurutnya, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian itu dibuat ibu mangsa.

 

“Mangsa mendakwa sering dicabul di belakang meja guru kelas dan kejadian itu sudah berlarutan ketika mangsa berusia tujuh tahun,” katanya.

 

Katanya, suspek kemudiannya dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Pusat Miri sebelum suspek ditahan untuk siasatan.

 

“Kes disiasat mengikut seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

 

Kredit : MyMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *