“Yatt…Abah Dah Jumpa Jam Tangan Robot”. MENITIK AIR MATA Baca Luahan Si Ayah Yg ‘KEHILANGAN’ Anaknya.

| April 25, 2018 | 0 Comments

“Yatt…Abah Dah Jumpa Jam Tangan Robot”. MENITIK AIR MATA Baca Luahan Si Ayah Yg ‘KEHILANGAN’ Anaknya.| MYISLAM INFO – PETALING JAYA: Banyak ‘perjanjian’ dibuat bersama anak lelakinya berusia enam tahun, namun ditakdirkan si cilik itu maut kerana disyaki didera teman lelaki bekas isteri hingga patah tulang rusuk dan pecah usus.

Permintaan terakhir Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia pada 18 April lalu adalah seutas jam tangan robot.

Hasrat itu telah ditunaikan lelaki ini tetapi tidak berpeluang untuk menyarungkannya sendiri, sekali gus menimbulkan tanda-tanya berhubung hadiah buat anak kesayangannya yang lebih mesra dipanggil Yatt.

“Cari punya cari… Dapat juga jumpa jam abah hadiah kat Yatt… Walaupun dah patah habis semua. Tapi abah tau… Mesti Yatt punya kerja lah ni. Selalu beli mainan tak dan semigggu mesti lingkup.

“Tapi tak apalah. Kurang-kurang abah tau Yatt terima dan main jam ni. Ada juga kenangan yang abah boleh simpan. Alhamdulillah,” luahnya menerusi posting di Facebook pada Selasa.

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Rayyan, Hairil Khan Azali berkata, dia tergerak hati untuk bertanyakan beberapa pihak mengenai status jam tangan itu kerana rindu terhadap arwah anaknya begitu menebal.

Hairil yang menetap di Beseri, Perlis memberitahu, dia mendapat berita gembira mengenai penemuan jam tangan di rumah bekas ibu mertuanya di Kangar.

“Ibu saudara arwah ada beritahu saya mengenai jam tu ditemui di bawah katil di rumah bekas ibu mertua. Bila saya dapat tahu, semalam juga saya pergi dapatkannya. Syukur Alhamdulillah, hadiah terakhir buat arwah dijumpai.

“Tak tahu kenapa hati saya kuat untuk nak tahu di mana jam ni. Mungkin ini menjadi antara pengubat rindu dekat arwah. Masa dapat jam ni pun tak tahu macam mana rasa, nak bergenang pun ada,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dengan penemuan jam tangan robot itu, lelaki berusia 32 tahun ini berharap ia sedikit-sebanyak dapat memberi kekuatan buat dirinya selepas kehilangan anak tercinta.

Malahan, keadaan jam tangan itu cukup meyakinkan dirinya bahawa arwah anaknya telah menggunakannya sejak ia dihadiahkan pada pertengahan Mac lalu.

“Saya kenal sangat dengan Yatt, maklumlah anak sendiri kan. Setiap permainan yang saya beri ada saja yang ‘diusik’ sampai ada bahagiannya yang hilang itu ini.

“Jam tangan ni dah patah, ada kesan calar kat bahagian belakang. Saya tahu memang Yatt dah pakai walaupun tak tahu untuk berapa lama,” katanya.

Tambah Hairil, pada awalnya dia bercadang untuk memakai jam tangan itu tetapi terpaksa dilupakan kerana keadaannya yang telah patah.

“Tak apalah, saya akan simpan elok-elok dan bawa ke mana-mana. Saya berharap terus diberikan kekuatan selepas apa yang berlaku.

“Jam tangan ini merupakan kenangan terakhir saya bersama arwah. Yatt… abah dah jumpa jam Yatt ni,” katanya dengan nada sebak.

Suspek lelaki berumur 26 tahun dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam Khamis ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan direman sehingga 26 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kredit : Mstar

 

ARTIKEL BERKAITAN

 

Menitik air mata baca luahan ini: “Nanti Uyat besar, Uyat beli rumah, kereta bagi abah”

 

PETALING JAYA: Hati mana tidak sedih apabila anak lelaki yang berusia enam tahun maut, disyaki akibat didera sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus.

 

Dilaporkan, kanak-kanak malang itu, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, meninggal dunia dipercayai perbuatan teman lelaki ibunya pada Rabu lalu.

 

Bapa kanak-kanak itu, Hairil Khan Azali, 32, meluahkan perasaannya di laman sosial Facebook pada awal pagi Sabtu mengenai anak kesayangannya yang lebih mesra dengan panggilan Yatt.

 

“Puasa pun tak lama dah, lepas tu nak raya. Masih ada ke kebahagiaan untuk kali ni. Please stop crying, please (tolonglah berhenti menangis).

 

“Siapa kata aku kuat. Aku memang tak kuat. Belum puas nak rasa kasih sayang dia. Belum puas nak jaga dia. Banyak benda aku rancang untuk dia. Tapi tak sampai hajat aku tu. Hari lahir aku 5 Mac pun Yatt dah janji.”

 

Abah (panggilan bapa): Adik nak bagi hadiah apa untuk birthday abah nanti?

Yatt: Abah nak apa?

Abah: Abah nak kereta nak rumah.

Yatt: Nanti bila Uyat besar… Uyat beli rumah beli kereta bagi abah. Sekarang ni Uyat tak da duit.

 

Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu Mohamad Rayyan yang merupakan anak tunggalnya bersama bekas isteri adalah 5 Mac lalu, hari ulang tahunnya yang ke-32.

 

Malahan menjelang hari ulang tahunnya, Hairil yang menetap di Beseri, Perlis berkata, kedua-dua mereka beberapa kali berhubung menerusi pesanan suara menggunakan aplikasi mudah alih, WhatsApp.

 

 

“Yatt ni seorang yang cerdik, manja, mendengar kata dan petah bercakap. Dia lebih gemar menggunakan pesanan suara bila bercakap dengan saya.

 

“Kami berjumpa masa hari ulang tahun saya 5 Mac lalu. Biasanya kalau berjumpa, dia suka main telefon saya, tapi hari tu dia agak berbeza.

 

“Yatt asyik panjat belakang badan saya… banyak kali dia peluk dan cium saya. Saya tak sangka ‘birthday’ saya tu adalah yang terakhir jumpa dia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

 

Namun Hairil yang bekerja sendiri berkata, anaknya yang menyukai permainan robot pernah bersuara mahu dihadiahkan jam tangan robot.

 

“Saya ada belikan jam tangan robot untuk Yatt. Pada pertengahan Mac lalu, saya sepatutnya berjumpa lagi dengan Yatt untuk sampaikan jam berkenaan.

 

“Tapi saya tidak berpeluang berjumpa dengan dia ketika itu dan hanya menyerahkan jam tangan berkenaan kepada bekas mak mertua,” katanya sambil menambah terputus hubungan dengan anaknya sejak itu.

 

 

Walaupun hasrat tersebut ditunaikan, tetapi Hairil berasa terkilan kerana tidak sempat melihat anaknya itu memakai jam tangan robot pemberiannya.

 

“Kalau dia masih ada, saya akan cakap: “Yatt… abah dah belikan jam tangan robot, harap Yatt suka hadiah daripada abah.”

 

“Saya reda dengan ketentuan Allah mengenai hidup anak saya setakat ini saja. Tapi pasal siapa yang dera tu antara dia dengan Tuhan, saya tak masuk campur. Biarlah Tuhan yang membalasnya,” katanya dengan nada sebak.

 

Suspek lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam Khamis ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan direman sehingga 26 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *