Hairan Anak Selalu Pakai Baju Warna Hitam Dan Putih. Rupa²nya…

| May 2, 2018 | 0 Comments

Hairan Anak Selalu Pakai Baju Warna Hitam Dan Putih. Rupa²nya… | MYISLAM INFO – Malang tidak berbau apabila hasrat sepasang suami isteri yang baru saja 11 hari mendirikan rumah tangga bertukar tragedi. Pasangan ini menyertai konvoi kereta untuk menikmati makanan kegemaran.

 

 

Dipercayai semua mangsa berkonvoi dengan dua kenderaan dari rumah di Kota Tinggi untuk ke salah sebuah restoran di Ayer Hitam.

 

Malah, ibu mangsa berasa sedih dan tidak sangka akan pemergian anak keduanya itu. Dia sering lihat mangsa kerap meluangkan masa bersama keluarga, sejak kebelakangan ini.

 

Sering pakai baju hitam dan putih

 

 

Menurut myMetro, mangsa Muhammad Safuan Sazali berada di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan bersama rakannya.

 

Manakala isteri mangsa dan 2 penumpang hanya cedera dan dirawat di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

 

Ibu mangsa, Rohani Abdullah, tidak menyangka perangai pelik anaknya itu sering tidur di bilik bersama ibu sambil memeluk bantal menjadi petanda pemergiannya.

 

Dia bukan jenis manja, tetapi perangainya pelik sejak akhir-akhir ini apabila sering tidur di bilik saya dan memeluk bantal serta bantal golek yang sering saya gunakan.

 

Dalam keluarga dia memang seorang pendiam, dan sangat pendiam sejak mendirikan rumah tangga. Paling ketara apabila dia kerap termenung dan banyak memakai baju hitam dan putih sejak kebelakangan ini.

 

‘Kenapa angah tidur bilik mak?’

 

 

Saya sering tanya mengapa angah tidur bilik mak? Dia sebaliknya diam saja, selain sering meluangkan masa bersama adik-beradiknya sejak akhir-akhir ini. Dia anak saya dan saya memang nampak perubahan ketara ditunjukkan arwah anak itu.

 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu Muhammad Aseel Habel gagal dikawal menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melanggar besi tengah pembahagi jalan.

 

Malah, kenderaan tersebut berpusing beberapa kali menyebabkan pemandu dan Muhammad Safuan yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.

 

Kejadian telah mengakibatkan kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia akibat parah di badan dan kepala.

 

Malangnya, kenderaan yang mengekori belakang juga hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan berpusing serta terbalik ke dalam longkang di kiri jalan.

 

Kredit : Myislam Info . Via : myMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *