Jumpa Mayat Seorang Pengemis Wanita Bersama Buku Bank. Jumlah Wang Yg Ada Dlm Bank Wanita Itu MENGEJUTKAN.

| May 21, 2018 | 0 Comments

Jumpa Mayat Seorang Pengemis Wanita Bersama Buku Bank. Jumlah Wang Yg Ada Dlm Bank Wanita Itu MENGEJUTKAN. | MYISLAM INFO – BEIRUT : Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lubnan disahkan meninggal dunia sebagai jutawan.

 

 

Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar raya Beirut.

 

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama-sama dengan dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

 

 

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).

 

Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

 

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lubnan yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.

 

 

Kredit : MyNewsHub

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *