Inilah PERMINTAAN Tun Dr Siti Hasmah Kepada Rakyat Malaysia.

| May 23, 2018 | 0 Comments

Inilah PERMINTAAN Tun Dr Siti Hasmah Kepada Rakyat Malaysia.| MYISLAM INFO – KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meminta orang ramai supaya tidak lagi menghantar hadiah kepadanya dan suami, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya memberikannya kepada rumah kebajikan.

 

 

Marina Mahathir yang menyampaikan hasrat ibunya melalui laman Facebooknya hari ini berkata, ibunya amat bersyukur dan menghargai doa serta mesej yang disampaikan kepada mereka suami isteri.

 

“Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

 

 

“Ibu bapa saya akan terus menetap di kediaman mereka sendiri dan tidak akan berpindah ke Seri Perdana (kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya). Mereka lebih selesa tinggal di sana namun kediaman itu tidak mempunyai ruang yang besar,” kata Marina.

 

Sejak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dua minggu lalu, pasangan suami isteri itu terus menerima ucapan tahniah dan pelbagai kiriman hadiah.

 

 

 

Marina berkata, ibunya berharap orang ramai faham dengan permintaannya “jangan hantar apa-apa untuknya” walaupun Hari Raya bakal menjelang tiba.

 

“Sebaliknya beliau minta agar orang ramai menyumbangkannya kepada mana-mana rumah kebajikan dan itu lebih menggembirakannya,” katanya.

 

Kredit : BH

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *